CEO Shoppegram Datang Warehouse Sale IFMAL!

C

Ini Kojack, atau nama CEO dia Lutfi Azhar salah seorang co-founder startup PROFIT-BASED bukan VALUATION-BASED. Mereka tak pernah dapat apa-apa geran kerajaan. Mereka bukan grantroprenuer atau penjilat.

Beberapa tahun lalu, mereka ada datang jumpa kami sebab ada offer orang nak beli Shoppegram. Mereka tanya pasal valuation, aku hanya suruh diorang terus berniaga, workhard dan naikkan revenue/sales untuk naikkan valuation dengan penuh bergaya.

Semalam kami saja panggil dia ajak sembang-sembang, boss baru IFMAL nak buat turnaround dan develope new business model. So, aku rasa Kojack ini sangat sesuai dengan jiwa kami untuk diajak bersembang dan validate idea.

Dia ceritalah pasal program-progam kerajaan yang bagi geran melalui Teraju, Magic, Craddle dan lain-lain, yang majoriti penerima dah sontot dan dah ghaib (tak survive). Dalam web, mereka tinggalkan yang masih survive je. Yang sontot mereka taknak letak. Kami rasa kami jauh lebih layak kalau kami apply. Nanti aku apply-lah!

Habis sembang-sembang, dia kata nak shopping untuk bini dia since sekarang ni dia dah ambil gaji yang agak ok. 2 round dia shopping bhai. Korang checkout sendiri gambar-gambar kat bawah.

Untuk korang yang berniaga sendiri yang nak buat web e-commerce dengan mudah, laju dan bergaya, korang boleh try Shoppegram ni. Ini aku yang rekomen tau. Jarang-jarang aku nak rekomen. Aku tengok perkembangan dia daripada takda apa sampai sekarang ni.

Anak muda yang wajar korang contohi!

Thanks Kojack support IFMAL..

May grant be with you!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.