USTAZ SALMAN ALI (USA) VS USTAZ ENGKU DAN BABA RASYID (ARG) – SATU RUMUSAN

U

1. ARG (Asyairah Research Group) cuba mempertahankan kesesatan tariqat Nazim Haqqani.
2. USA ajak berdiskusi secara terbuka.
3. Macam-macam syarat ARG letak. Antaranya sumber rujukan mesti diserahkan. ARG hantar 2 orang wakil.
4. ARG datang hanya untuk menyatakan sumber rujukan USA mereka tolak, tidak sahih, tidak muktamad. Walhal sumber rujukan itu digunakan di United States dan ia bersumber daripada murid-murid kanan Nazim Haqqani.
5. Sumber rujukan USA adalah catatan daripada anak murid Nazim Haqqani melalui Hisham Kabbani dan beberapa anak murid lain yang boleh di-cross-refference. Bahkan thesis yang digunakan oleh ARG juga menggunakan sumber yang USA gunakan.
6. ARG mengatakan Hisham Kabbani tiada authority. Tiada autoriti adakah catatan miliknya dan buku tulisannya (atau teamnya) ditolak terus. ARG tidak membawa apa-apa kenyataan yang Hisham Kabbani dan buku-bukunya serta webnya telah ditolak oleh Nazim Haqqani atau Tariqat Haqqani HQ.
7. ARG kata rujukan USA tiada ISBN. So, tak ilmiah. Hello, ISBN ni International Standard Book Number iaitu suatu daftar standard menjadi ia unik. Bukan menggambarkan ia ilmiah atau tidak! Apa punya tur la! Nanti orang tanya, kitab al-Risalah ada ISBN ke? Habis, Mehmet Adil punya kalam atau tulisan ada ISBN?
8. Ibarat beginilah. Imam Syafie ada beberapa orang anak murid kanan yang mencatat dan menyebarkan idea mazhab Imam Syafie, antaranya ialah al-Buwaiti, al-Muzani dan al-Rabj’ dari Mesir. Imam Ahmad, al-Za’farani dan al-Karabisi di Baghdad. Manakala al-Humaidi daripada Mekah.
9. Tetapi, tapi disebabkan Imam al-Buwaiti yang menggantikan kerusi Imam Syafie dan al-Buwaiti dianggap duduk dengan Imam ketika akhir hayat, maka autoriti hanya kepada al-Buwaiti. Catatan dan penulisan yang menukilkan daripada Imam Syafie melalui murid-murid lain adalah TERTOLAK. Habislah al-Muzani dan lain-lain.
10. ARG langsung tidak membawa apa-apa hujah atau sumber utama yang mereka rujuk dan sepatutnya kita rujuk. Mereka juga tidak membawa apa-apa rujukan yang Hisham Kabbni dan murid-murid lain adalah tertolak dari kalam Nazim Haqqani.
11. ARG menolak segala sumber daripada USA dengan alasan sumber tidak kuat, tetapi tidak tegas mendapatkan sumber sanad kepada Abu Bakar dan Nabi. Sangat ironi!
12. ARG banyak tidak menjawab persoalan USA, mereka lebih kepada taktik bare denial. Semua bukan, semua tak sahih. Tetapi tiada satu pun yang sahih selain buku lama tahun 50-60an yang di dalamnya banyak hadis palsu. Ilmiahkah kalau takda sumber rujukan yang ditranskrip?
13. Sepatutnya ARG terus bagitau USA yang dia reject semua sumber itu dan ajak discuss pasal satu-satunya sumber diorang iktiraf.
14. Tapi sebenarnya agak luculah apabila nak memahami pemikiran dan ajaran seseorang tokoh tetapi ditolak kesemua anak-anak murid kanan melainkan seorang. Yang seorang itu pun tidaklah menolak yang lain.
15. Kesimpulannya, ARG sangat gagal untuk menunjukkan yang Nazim Haqqani tidak sesat dan merepek.
16. Islam ini mudah, kalau semua orang faham dan terima apa Nabi, sahabat buat, then mereka buat. Setel dah! Jadi, tinggalkanlah amalan-amalan dan ajaran-ajaran merepek yang tiada sandaran kuat kepada Nabi melalui jalan yang digunakan ahli hadis. Bukan jalan mimpi dan yaqazah.

Pandangan aku, ARG gagal mengangkat hujah untuk menjadikan Nazim Haqqani sebagai seorang tokoh Islam yang benar dan wajar diikuti. Semakin kuat aku rasa dia tak betul disebabkan lebai-lebai ARG hanya melalut dan cuba menegakkan benang basah. Yang sorang tu datang jalan-jalan Perlis ke?

Sekian.

ps : Agama Islam nampak sangat bodoh dengan hujah ARG.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.