CUPCHAI – KACANG POOL TERSEDAP DI DUNIA!

C

Korang pernah rasa kacang pool Cupchai Kacang Pool ni? Kacang pool Cupchai ini lahir dari impian besar seorang anak muda bernama Safarizul Azhar yang mahu membina legasi perniagaan sendiri kerana sudah tidak mahu terus berpayung dan menempel dengan boss lamanya.

Dia anak jati Johor yang pernah bekerja dengan syarikat MNC dan bergaji 5 angka. Pulang ke Malaysia untuk mula membina empayar F&B kerana minat yang mendalam terhadap makanan.

Dari 1 cafe ke 4 cawangan cafe. Siap ada central kitchen. Cafenya sentiasa penuh, seramai hampir 50 orang pekerja bersama-sama dia pada waktu itu.

Resepi paling laku dan paling legend adalah Kacang Pool dan nasi masjid. Kacang pool dia menggunakan kacang foul medammas yang paling berkualiti yang dimasak dengan rempah rahsia yang diwarisi dari tangan ibunya bersama daging.

Dulu, setiap kali aku ke JB aku akan singgah ke Cupchai! Ya, kacang pool dia memang premium, tapi aku sukakan kualiti dari kuantiti. Bab makan ni, masuk perut jangan berkira sangat, asal jangan membazir.

Dalam perniagaan, ada pasang dan ada surut, ada tenang dan ada gelora. Bermula penutupan di Kilang Bateri, cawangan-cawangan lain mula terjejas, entah apa silapnya. Lebih malang lagi, serangan Covid terus melumpuhkan hampir seluruh perniagaannya.

Tapi anak muda ini tidak mengalah, dia bangkit mencari idea baru, dia tahu dia ada kudrat dan tuhan yang maha pemberi rezeki tidak tidur untuk memenuhi rezekinya, dia mula mengetinkan resepi rahsianya.

Tahun lalu, dia datang berjumpa aku dan Nik Izwan Kamel, dia cakap simple je,

“Bro, aku tengah susah, bisnes aku slow, tapi aku bukan datang nak pinjam duit, aku nak minta korang tolong jualkan Kacang Pool aku ni dekat Ifmal, itu je.”

Sebagai kawan, untuk berkata tidak kepada kawan-kawan yang sedang dilanda musibah adalah haram hukumnya. Kami berkata YES! Boleh! Pasti!

Setakat ni, feedback yang kami dapat memang tiada yang negative, ada yang terus menerus beli setiap bulan. Aku sendiri sentiasa ada stock di rumah, bila aku terliur nak makan kacang pool, aku panaskan dan pecah telur. Sebab aku ni bangsa perang, pecah 3 biji telur! Seingat aku juga Emmet selalu beli.

Kacang poolnya sudah ada kualiti bersijil seperti Halal Jakim, Mesti dan ISO. Cukuplah untuk produk startup ini. Aku taktau nak komen apa dah, aku hanya boleh letak tengkuk aku, kalau tak sedap pm aku balik dengan no account kau, aku refund duit korang.

Siapa yang masih berBMF, inilah produk 100% anak muda Melayu, Islam dan Bumiputera. Tiada siapa di belakangnya, tiada siapa yang tunggang dia, hanya dia sendiri yang menunggang nasibnya.

Siapa yang tak pernah rasa kacang pool, meh try. InsyaAllah teringat lagi. 1 tin sebenarnya boleh buat 3-4 mangkuk, tapi kalau kau berselera besar macam aku, 1 tin aku makan sorang je! Kalau orang Kedah piyor macam Muhd Noraswazdi pun boleh jatuh cinta dengan Chupchai, ini pula korang.

Korang boleh buat sarapan, minum petang dan supper. Kalau kau jenis anak jin macam Abu Aisy, makan tengah hari pun dia Chupcai juga. Nak hantar pergi oversea pun kita boleh tolong uruskan. Apa ada hal.

Korang nak try?

Boleh dapatkan di link berikut,
https://ifmal.com/…/cupchai-kacang-pool-foul…/…

Jangan menyesal siapa yang tak try!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.