CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT?

C

Siapa setuju terma ini? Siapa setuju dia bangang!

Sebagai orang berniaga, yang terlibat dengan pelbagai industri dan bidang, aku rasa aku layak untuk bercakap soal ini. Dalam masa yang sama, aku juga pelanggan atau customer kepada peniaga lain.

Konsep always right adalah penindasan dan perhambaan yang sangat jelas. Hal ini menyalahi hadis Nabi bahawa setiap anak Adam itu pasti melakukan kesalahan. Ia juga menyanggahi konsep kebenaran itu di atas segala-galanya.

Konsep customer always right itu telah menjadikan sesetengah customer merasakan diri mereka tuhan atau dewa yang turun dari kayangan untuk para peniaga sembah dan tunduk penuh hina, walaupun customer itu yang salah dan bangang.

Aku faham, asal usul konsep customer always right ini adalah untuk menjaga hak dan layanan terhadap customer. Tapi, perbuatan merasakan konsep itu adalah memaksumkan customer telah menafikan kebenaran dan berlaku penindasan terhadap orang lain.

Pekerja dimarahi, dimaki customer. Customer sendiri tersilap, tapi tidak mahu mengaku. Mengugut untuk boikot atau viral. Yang paling lucu, dia minta untuk kita improve atas kesalahan dia. Itu yang aku tak faham, kalau salah aku, aku kena improve, itu benar. Tapi, salah dia, dia suruh aku improve, memang kelakar.

Aku pernah halau client keluar dari office aku, pernah maki customer yang maki staff aku, aku pernah sack client sebab dia pula nak ngajar aku, aku juga pernah terminate contract sebab client poyo dengan konsep customer always right, taknak dengar cakap aku. Boleh blah! Dia ingat dia bayar fee mahal aku kena jadi macai dia? Sorry sikit!

Biasanya client yang kena “sack” dengan aku ni, diorang akan cakap script yang sama je. Mereka nak jadi tuhan, kata nanti aku takkan ada job, nak boikot, nak viral, aku hilang big potential customer. Macam biasa, aku bagitau dia dan ingatkan diri aku..

“Rezeki bukan datang dari customer/client, rezeki datang dari Allah tuhan maha pemberi rezeki. Khazanah Allah itu luas, aku percaya tiada siapa boleh sekat rezeki aku dan tahan aku untuk terus berusaha selain dari Allah..”

Kau tak suka cara aku? Dunia ini terlalu luas untuk mereka itu untuk tak perlu ada kena mengena dengan aku.

Jadi, adakah customer is always right?

No!

Customer is always wrong until proven right. Seller is also always wrong until proven right.

Jangan kau jadi penyembah manusia, tak kira investor, vc, customer atau client. Percayalah, rezeki itu dari tuhan rabbul jalil.

Jangan jadi penjilat! Jangan juga jadi penindas!

Ingat, tiada yang maksum selain Nabi. Salah tetap salah. Kena admit tanpa sebarang alasan. Tak kira seller mahupun buyer.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.