DARI ABAH KE BEDEBAH?

D

Masa mula-mula PM8 masuk office, negara diserang covid. PM8 dianggap berjaya mengawal keadaan ketika itu. Sampai dipanggil abah.

Politik di Sabah bergolak. Aku memang menyalahkan Shafie Apdal. Kalau dia give up the power profesionally, tak perlulah PRU diadakan yang menelan belanja dan risiko penularan virus covid.

PRU diadakan. Politikus, lebai dan jentera turun ke Sabah. Ketika itu Sabah punya kes tak reda lagi. Habis PRU, diorang semua balik ke semenanjung tapi balik tak kuarantin.

Bala!

Habis tersebar balik di semenanjung. Menteri agama pun positif. Dia pun dah berjalan merata. Sebelum ni, dia dah beberapa kali langgar SOP. Tuhan tunjuk.

Kerajaan masih buka sempadan negeri. Kes makin naik. Sampailah hari ini. Kes dah 9000 lebih dengan 90 lebih kematian.

Nah!
Dari dipanggil abah, sekarang ni dah jadi bedebah.

Kan?
Apa nak buat, masa dah berlaku. “Kalau” tak boleh mengubah apa-apa..

Tapi takpa, aku tetap doakan “abah” dilindungi Allah dan menguruskan negara dengan penuh amanah dan integriti.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.