PELAJAR PALESTIN DAN SYAIKH IBN BAAZ RAHIMAHULLAH

P

Kisah ini diceritakan oleh guru kami yang mulia, Dr. Radzi Othman hafizahullah ketika beliau belajar di Madinah. Beliau ialah pure breed Universiti Madinah dari undergrad sampai ke PhD. Dari syaikh Ibn Baaz jadi reaktor universiti sampai jadi grand mufti.

Aku nak nak share cerita ini selepas Ustaz Azman Noor menceritakan perangai sebahagian budak-budak student Palestin di Jordan yang suka menipu. Kerana aku rasa ada persamaan dengan cerita yang aku dengar dari guru kami yang paling aku hormati. Ya, banyak cerita-cerita lain dari kawan-kawan yang pernah bermuamalat dengan budak-budak Palestin. Aku juga ada pengalaman tersebut. Cumanya kisah ini lebih baik untuk dikongsi.

Kata guru kami. Suatu hari, beliau sedang berada di pejabat Ibn Baaz untuk sesuatu urusan. Datang sekumpulan pelajar-pelajar Palestin ke pejabat syaikh untuk memohon bantuan kerana kereta mereka rosak dan tersadai di tepi jalan ketika pulang dari cuti di Palestin.

Syaikh Ibn Baaz ialah seorang buta dan sangat pemurah. Siapa minta bantuan, beliau akan bagi. Maka syaikh mengarah pembantunya menulis nota untuk bagi pelajar tersebut 1000 riyal, seribu riyal pada waktu itu dah dikira besar. Maka beredarlah pelajar-pelajar tersebut.

Selepas lebih kurang 30 minit ke 1 jam. Pejabat syaikh dihubungi oleh pegawai syaikh yang menguruskan wangnya. Kerana nak confirm lkan adakah benar syaikh memberikan 10,000 riyal kerana jumlahnya agak besar. Pembantu syaikh terus memberitahu syaikh yang pelajar tadi tambah 1 titik dalam nota arahan syaikh. Muka syaikh sedikit kecewa. Tapi.. Nak tau apa Syaikh Ibn Baaz rahimahullah jawab..

Kata guru kami yang mulia, syaikh jawab,
“Takpa, biarlah. Orang dah berkehendak, kita bagi sahaja. Mereka masih belajar. Biarkan..”

Maka pembantu syaikh pun bagitahu pegawai waqf terbabit, yang syaikh yang bagi 10,000 riyal itu.

Hebat kan Syaikh Ibn Baaz Rahimahullah? Apabila ikhlas dan taqwa mengatasi amarah, tiada siapa yang boleh menjangka apa yang terkeluar dari lidah seorang ulama’ yang sangat dihormati kawan dan lawan.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.