ESOK WACANA SINAR – NASIB ADIK BELLA, OKU SIAPA HARUS BELA?

E

Aku sebenarnya takdalah minat sangat nak keluar mana-mana media, sebab sifat aku sendiri yang “camera shy” dan lebih sukakan tulisan berbanding dengan kata-kata.

Tapi disebabkan Kak Long kami, Mona Din tak sihat, aku pula ialah antara watak utama dalam kempen #JusticeForBella ini, maka aku terpaksa ke depan untuk kali ini.

Tiada apa-apa yang aku harapkan dengan wacana ini melainkan segala kebaikan dan keadilan dapat diangkat dan dijunjung bersama. Aku ini hanyalah insan yang tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah. Rasa kerdil diletakkan sepentas dengan ikon-ikon terkenal tanah air.

Esok sebenarnya aku akan ke Perlis atas urusan kerja. Tapi takpa. Wacana ini akan dijalankan secara online. Doakan kelancaran program ini esok.

Wallahu’alam.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.