KENAPA AKU TAK SOKONG MUDA?

K

Inilah antara sebabnya!

Masa kes adik Bella sampai kepada aku, aku tidak terus buat kerja gila aku sampai aku kena macam-macam. Aku contact kawan-kawan politikus. Jumpa politikus. Dari UMNO sampai DAP. Dari Bersatu sampai Pejuang.

Aku forward kepada kawan-kawan yang ada access dengan politikus untuk championkan kes ini. Termasuk team MUDA. Sebab aku takda gaji mp. Aku takda suara di parlimen dan massa.

Malangnya tiada seorang pun yang sahut untuk champion kes ini termasuk team MUDA. Tapi dalam masa yang sama kes adik Ain yang ada parents masih hidup mereka bawa ke depan.

Kenapa MUDA atau Syed Saddiq berjuang keras tentang isu ganja? Walhal isu ganja ini bukan isu sejagat sangat. Tak hisap ganja, orang tak mati. Walhal adik Bella lunyai dibelasah dan terdapat banyak persoalan dalam proses kes ini yang memerlukan suara kuat politikus dan political will.

Aku juga seorang yang pro-legalasi ganja ini. Tapi pada aku, bukan suatu keutamaan. Kes adik Bella jauh lebih utama dan sejahat. Adakah disebabkan anak Vincent Tan pernah ditangkap farming ganja?

Kemudian kes langgar basikal lajak ini pula. Sudah ramai politikus DAP telah masuk campur. Pesalah juga telah dijatuhkan hukuman. Dia pun ada keluarga nak bela dia. Dia boleh buat rayuan. Dia boleh buat sendiri.

Adik Bella seorang kanak-kanak, OKU, down syndrome, sebatang kara, tiada ayah ibu dan keluarga. Telah trauma lama dicederakan seorang yang jahat. Dia berlawan dengan 10 orang peguambela swasta.

Kes adik Bella ini telah buka mata aku dengan sangat terang untuk memahami hati budi dan minda politikus. Pada aku, kesemua mereka sama. Buat kerja ada kepentingan lain nak dijaga.

Laknatlah politikus sampah kesemuanya! Matilah korang semua mengejar kuasa dengan menunggang jiwa rakyat!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.