Iman Arab Jahiliyah

I

Kisah ini sungguh popular di dalam kitab-kitab tafsir muktabar dan kitab-kitab sirah muktabar. Kisah tentang serangan Abrahah terhadap Mekah yang mahu meruntuhkan Kaabah.

Ketika Abrahah memimpin pasukan tentera bergajah untuk melenyapkan Kaabah, diceritakan seluruh kaum dan kabilah Arab jahiliyah naik ke bukit-bukit menanti azab Allah terhadap ketumbukan pasukan Abarahah untuk dibinasakan.

Selain itu, kisah Abdul Muttalib pergi berjumpa Abrahah meminta kembali unta-untanya yang dirampas. Abrahah bertanya kepada Abdul Muttalib kenapa dia hanya meminta unta-untanya saja, tetapi tidak meminta untuk tidak menyerang Kaabah. Jawab Abdul Muttalib mudah,

“Unta-unta ini, aku punya. Kaabah, Allah punya. Biarlah Allah uruskan.”

Lihat, betapa iman Arab Jahiliyah terhadap Allah al-Rab al-Malik. Betapa yakinnya mereka yang Allah pasti menjaga Kaabah milik-nya. Keyakinan mereka dibuktikan dengan praktikal yang jelas.

Hari ini, para asatizah yang mengajar ilmu aqidah dan tauhid gagal dalam meyakini kekuasaan Allah al-Rab al-Malik. Buktinya sangat jelas.

Ketika ujian penangkapkan besar-besaran terhadap ustaz-ustaz ini, bertempiaran berlari kaum ini mencari perlindungan. Malangnya, bukan perlindungan naungan Allah, tetapi perlindungan makhluk.

DrMaza dan IQ berlari duduk di bawah naungan Shahidan Kassim. UFB dan iLMU pula mendapat naungan UMNO. Keyakinan mereka terhadap makhluk maha pelindung lebih dari Allah Rabbul Jalil.

“Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin.”

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.