IMAN SI PENGEMBALA KAMBING..

I

Aku pernah share 1 gambar yang aku kira sangat bermakna dan penuh sejuta cerita disebalik gambar itu. Gambar tersebut telah aku sulam dengan tinta cerita perjalanan hidup aku.

Rujuk sini :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/411539010113284/?d=n

Hari ini aku terscroll 1 video yang pada aku sangat mententeramkan jiwa mereka yang sentiasa berasa gusar kerana nilai kejujuran yang dirasakan telah hilang dari dunia ini masih wujud. Ya, masih ada manusia yang jujur.

Ia bukan datang daripada seorang kaya, bangsawan, pejuang kebenaran atau seorang pendakwah berkamera, tetapi hanya dari seorang Badwi padang pasir yang mengambil upah mengembala kambing.

Masihkah korang ingat tentang kisah menantu Saiyidina Umar al-Faruq yang dinikahkan dengan anak lelaki Umar hanya kerana Umar mendengar 1 perkataan iman dan tauhid dalam 1 ungkapan yang meruntun jiwa Umar?

Kata anak gadis itu,
โ€œWalaupun khalifah Umar tidak melihat, tetapi tuhan Umar nampak..โ€

Dari hasil perkahwinan mereka, lahirlah Umar bin Abdul Aziz dari keturunan mereka yang telah mententeramkan dunia dengan keadilan selama 2 tahun 5 bulan.

Pada kurun ini, kita masih dapat mendengar lagi sekali kalimah seakan-akan sama dari menantu Umar yang datang dari seorang Badwi yang diuji oleh sekumpulan orang kaya.

Pendiriannya jelas, keimannya jelas terpancar, dan ketegasannya kerana keimanannya tidak langsung goyah dengan tawaran dan habuan duniawi. Walaupun mungkin dia tidak belajar tinggi, tidak pandai berhujah dengan sabda dan firman. Keutuhan moralnya mungkin melampaui mereka yang mempunyai Phd dan bergelar ustaz.

Walaupun keadaannya dilihat compang camping dan serabai, dia tidak berkot dan bertali leher, berjubah licin atau berkulit mulus, tetapi kalam-kalam yang dikeluarkan dari lidahnya telah meruntun jiwa dan menegakkan bulu roma mereka yang memahami maksud yang dia sampaikan.

Tiada lafaz yang lebih indah dari ucapan..

Allahu akbar!

Selamat menonton..

๐Ÿ˜‰

โ€”โ€”

Rujuk kisah Abdullah bin Umar radiyallahu anjuma dengan seorang budak pengembala kambing..

Dari kitab Syuโ€™ab Al Iman tulisan Al Imam Al Hafizh Al-Baihaqi.

4908 โ€“ ุฃูŽุฎู’ุจูŽุฑูŽู†ูŽุง ุฃูŽุจููˆ ู†ูŽุตู’ุฑู ุจู’ู†ู ู‚ูŽุชูŽุงุฏูŽุฉูŽุŒ ุซู†ุง ุฃูŽุจููˆ ุฃูŽุญู’ู…ูŽุฏูŽ ุงู„ู’ุญูŽุงููุธูุŒ ุฃู†ุง ุฃูŽุจููˆ ุงู„ู’ุนูŽุจูŽู‘ุงุณู ุงู„ุซูŽู‘ู‚ูŽูููŠูู‘ุŒ ุซู†ุง ู‚ูุชูŽูŠู’ุจูŽุฉูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุซู†ุง ุงู„ู’ุฎูู†ูŽูŠู’ุณููŠูู‘ ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูŽ ุจู’ู†ูŽ ูŠูŽุฒููŠุฏูŽ ุจู’ู†ู ุฎูู†ูŽูŠู’ุณูุŒ ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุฑูŽูˆูŽู‘ุงุฏูุŒ ุนูŽู†ู’ ู†ูŽุงููุนูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ:ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ูููŠ ุจูŽุนู’ุถู ู†ูŽูˆูŽุงุญููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุฏููŠู†ูŽุฉู ูˆูŽู…ูŽุนูŽู‡ู ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูˆูŽุถูŽุนููˆุง ุณูŽูู’ุฑูŽุฉู‹ ู„ูŽู‡ูุŒ ููŽู…ูŽุฑูŽู‘ ุจูู‡ูู…ู’ ุฑูŽุงุนููŠ ุบูŽู†ูŽู…ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ: โ€ ู‡ูŽู„ูู…ูŽู‘ ูŠูŽุง ุฑูŽุงุนููŠุŒ ู‡ูŽู„ูู…ูŽู‘ โ€œุŒ ููŽุฃูŽุตูุจู’ ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุณูู‘ูู’ุฑูŽุฉูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ู: ุฅูู†ูู‘ูŠ ุตูŽุงุฆูู…ูŒุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ: โ€ ุฃูŽุชูŽุตููˆู…ู ูููŠ ู…ูุซู’ู„ู ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุญูŽุงุฑูู‘ ุดูŽุฏููŠุฏู ุณูู…ููˆู…ูู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ูููŠ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุฌูุจูŽุงู„ู ุชูŽุฑู’ุนูŽู‰ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุบูŽู†ูŽู…ูŽ ุŸ โ€ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ู: ุฃูŽูŠู’ ูˆูŽุงู„ู„ู‡ู ุฃูุจูŽุงุฏูุฑู ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ููŠ ุงู„ู’ุฎูŽุงู„ููŠูŽุฉูŽุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ู ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูŠูุฑููŠุฏู ูŠูŽุฎู’ุชูŽุจูุฑู ูˆูŽุฑูŽุนูŽู‡ู : โ€ ููŽู‡ูŽู„ู’ ู„ูŽูƒูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุจููŠุนูŽู†ูŽุง ุดูŽุงุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุบูŽู†ูŽู…ููƒูŽ ู‡ูŽุฐูู‡ู ููŽู†ูุนู’ุทููŠูƒูŽ ุซูŽู…ูŽู†ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู†ูุนู’ุทููŠูƒูŽ ู…ูู†ู’ ู„ูŽุญู’ู…ูู‡ูŽุง ููŽุชููู’ุทูุฑูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุŸ โ€ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฅูู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ู„ูŽูŠู’ุณูŽุชู’ ู„ููŠ ุจูุบูŽู†ูŽู…ูุŒ ุฅูู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ุบูŽู†ูŽู…ู ุณูŽูŠูู‘ุฏููŠุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ู ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ: โ€ ููŽู…ูŽุง ุนูŽุณูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏููƒูŽ ููŽุงุนูู„ู‹ุง ุฅูุฐูŽุง ููŽู‚ู’ุฏูŽู‡ูŽุงุŒ ููŽู‚ูู„ู’ุชูŽ: ุฃูŽูƒู’ู„ูŽู‡ูŽุง ุงู„ุฐูู‘ุฆู’ุจู โ€ ููŽูˆูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ุฑูŽู‘ุงุนููŠ ุนูŽู†ู’ู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุฑูŽุงููุนูŒ ุฃูุตู’ุจูุนูŽู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงุกู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ุฃูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽุฌูŽุนูŽู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ูŠูุฑูŽุฏูู‘ุฏู ู‚ูŽูˆู’ู„ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุงุนููŠ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุงุนููŠ: ููŽุฃูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽู„ูŽู…ูŽู‘ุง ู‚ูŽุฏูู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฏููŠู†ูŽุฉูŽ ุจูŽุนูŽุซูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽูˆู’ู„ูŽุงู‡ู ููŽุงุดู’ุชูŽุฑูŽู‰ ู…ูู†ู’ู‡ู ุงู„ู’ุบูŽู†ูŽู…ูŽ ูˆูŽุงู„ุฑูŽู‘ุงุนููŠ ููŽุฃูŽุนู’ุชูŽู‚ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุงุนููŠูŽุŒ ูˆูŽูˆูŽู‡ูŽุจูŽ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุบูŽู†ูŽู…ูŽ

Abu Nashr bin Qatadah mengabarkan kepada kami, Abu Ahmad Al Hafizh menceritakan kepada kami, Abu Al Abbas Ats-Tsaqafi mengabarkan kepada kami, Qutaibah menceritakan kepada kami, dia berkata, Al Khunaisi yakni Muhammad bin Yazid bin Khunais menceritakan kepada kami, dari Abdul Aziz bin Abi Rawwad, dari Nafiโ€™, dia berkata,

โ€œIbnu Umar keluar ke salah satu pelusuk kota Madinah bersama beberapa orang sahabatnya. Lalu mereka meletakkan bekal makanan untuknya. Kemudian mereka melewati seorang pengembala kambing di hadapan mereka.

Si pengembala ini memberi salam dan Ibnu Umar pun berkata kepadanya,
โ€œHai Pengembala, marilah ke sini makan bersama kami.โ€
Dia menjawab, โ€œSaya sedang puasa.โ€

Mendengar perkara Ibnu Umar berkata padanya,
โ€œDi hari panas terik begini kamu masih puasa padahal kamu sedang mengembala kambing?โ€

Dia menjawab,
โ€œDemi Allah, saya berlumba dengan hari-hari saya yang telah sirna (hari-hari di dunia).โ€

Ibnu Umar kemudian tergerak untuk mengujinya lalu dia berkata, โ€œMaukah kamu menjual satu ekor kambing yang kamu gembala ini kepada kami, kami memberi kamu wangnya dan membahagikan dagingnya kepada kamu lalu kamu bole berbuka puasa dengannya?โ€

Si Pengembala ini menjawab, โ€œIni bukan kambing saya, ini kambing tuan saya.โ€

Ibnu Umar berkata lagi, โ€œAku rasa tuan kamu tidak akan berbuat apa-apa kalau hilang satu dan kamu katakan dimakan srigala.โ€

Akhirnya si pengembala ini meninggalkan Ibnu Umar sambil menunjukkan jarinya ke langit dan berkata, โ€œAllah dimana?โ€

Ibnu Umar lalu mengulang-ngulang kata-kata si pengembala tadi, โ€œAllahnya di mana?!โ€

Akhirnya ketika sampai di Madinah, dia mengutus orang menemui tuan si pengembala tadi dan membeli kambing beserta si pengembala tersebut (yang tadinya hamba) lalu memerdekakannya dan memberikan kambing-kambing itu untuknya.โ€

(Syuโ€™ab Al-Iman jilid 7, hal. 223, no. 4908)

https://www.facebook.com/aliff.ahmad.754/videos/434604017806783

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.