INI KERETA BARU SAYA!

I

Aku beli hutang dengan bantuan Maybank Islamik Cheras selama 9 tahun. Alhmdulillah. Aku bangga aku beli kereta ini dengan hasil keringat sendiri. Tanpa bantuan kerajaan, politikus, softloan kerajaan dan venture capital.

Nak menangis dan menitis air mata selepas hampir 3 bulan, baru dapat kereta ini. Alhamdulillah. Nama gelarannya Axia Kompang. Melihat kawan-kawan semua berbangga membeli kereta baru aku juga rasa nak berkongsi kegembiraan hari Jumaat penuh barakah ini.

Harganya RM24,000. Tiada radio, tiada central lock, tiada power window, tiada sport rim, sampai cap kat boot belakang pun takda. Nasiblah bumper diorang cat. Alhamdulillah.

Datuk aku pernah pesan,

“Beli kereta ikut tujuan. Nak pakai untuk kerja atau nak berlagak.”

Aku pilih untuk kerja. Bukan untuk berlagak. Bukan untuk menunjuk. Bukan macam kau, beli kereta untuk berlagak, menunjuk dalam Facebook dan Instagram kereta baru kau yang mahal tu.

Cabaran beli Axia Kompang ni punyalah dahsyat, bank call sekali je, kita pula yang kena call balik, pegawai processing punya kurang ajar pandang rendah betul dekat aku. Alhamdulillah.

Aku bersyukur di kala orang lain ada yang tak memiliki kereta, aku ada Axia Kompang. Di kala orang lain menunjuk-nunjuk kaya, aku ada Axia Kompang. Di kala orang lain berlagak dengan kereta mewah, aku ada Axia Kompang.

Aku pemilik Axia Kompang! Siapa nak join club Pemilik Axia Kompang?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.