LAWAN! JANGAN JADI PONDAN!

L

Gang hartanah gegak gempita dengan saman dari FAR CAPITAL terhadap beberapa orang pengkritiknya. Susuk tubuh yang dikatakan tidak baik, poyo dan penipu.

Aku taktau hujung pangkal kisah mereka berseteru, tapi aku ada prinsip dan pengalaman. Prinsipnya adalah :

1. Berani kerana benar, takut kerana salah.

2. Barani buat, barani tanggung.

3. Innocent until proven guilty.

4. Tak berani tanggung risiko, jangan gatal cuit orang lain.

5. Duit bukan segala-galanya, maruah lebih utama.

Maka, atas dasar prinsip-prinsip di atas, aku pernah menyaman beberapa individu yang berani memfitnah aku, secara direct dan inuendo. Bila kau saman, baru kau tau mereka itu jantan atau pondan. Penjuang atau kaki sembang.

1. Banyak puak-puak ni, baru kasi LOD dah delete semua post fitnah terhadap aku. Antara yang aku ingat ialah Ahmad Fairuz Saad, seorang pendukung DrMaza dan penyokong kuat PH. Ingatkan dia akan lawan dan membuktikan apa yang dia kata aku di mahkamah nanti. Sekali dia delete segala posting tersebut. Ada juga yang tutup Facebook terus buka Facebook lain, pakai nama lain. Hidup dengan fake identity. Hina sungguh.

2. Ada juga yang tunggu sehingga saman masuk, delete habis Facebook dia. Contohnya, Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah. Ghaib terus. Defend dia mudah. Dia kata dia takda Facebook. Facebook itu bukan dia punya.

3. Ada juga yang aku tetap saman sebab segala bukti aku dah extract dengan cara yang diterima mahkamah. Yang itu aku heret sampai menangis-menangis dekat court. Aku memang tak buat settlement luar mahkamah. Tapi dengan court judgement. Biar ada record mereka itu kaki fitnah.

4. Ada juga yang setel semasa mediation. Kes macam ni, aku minta defenden bayar aku. So, aku dapat duit. Aku senyap dan maafkan.

Aku juga pernah disaman dan sedang disaman atas kenyataan-kenyataan aku. SCRUT juga banyak dapat LOD. Aku tak lari. Aku tak delete posting. Tak tutup Facebook. Aku lawan secara gentleman!

Defend aku juga tidak mengelak atau lari. Aku takda kata itu bukan aku, bukan posting aku, aku tidak maksudkan begitu dan begini. Aku jawab itu fair comment dengan apa yang dia buat. Yang lawaknya, yang menyaman aku yang tutup Facebooknya. Aik, kau saman aku, kau yang lari bang!

Saman untuk orang kaya? Tidak! Saman untuk orang nak mendapatkan keadilan dan mendengar kebenaran. Aku tak kaya. Aku bergolok gadai. Sampai pakai Axia Kompang je. Pada aku, maruah dan nama aku lagi berharga dari segala harta yang aku ada. Pendirian aku, membuktikan kebenaran di atas segala kebenaran!

Aku gembira ada peluang naik turun mahkamah. Aku belajar sedikit sebanyak tentang undang-undang. Aku faham erti dan harga perjuangan aku. Melatih aku supaya tak jadi manusia sembang kencang. Kini, datanglah LOD ke saman. Aku lawan!

Aku boleh guna naratif, orang kaya nak tindas aku dengan saman. Tulis di media sosial untuk mendapatkan simpati dan sokongan. Aku taknak buat begitu. Kenapa? Kerana jika tidak, kita akan membudayakan orang miskin boleh memfitnah. Boleh memalukan orang. Rasanya itu budaya yang salah.

Pada aku, apabila kau berani untuk menulis dan mengkritik seseorang atau sesuatu. Kau mesti ada basis bukti dan fakta. Kalau tidak kau memfitnah. Dan kau mesti kena bersedia untuk bertanggungjawab ke atas kenyataan kau kalau kau tak bersalah.

Apa tujuan kau menulis? Untuk menyatakan kebenaran? Untuk mengkritik? Untuk selamatkan masyarakat? Kau nak jadi pejuang? Jadi, kau sendiri kena mampu untuk mempertahankan diri dan berjuang untuk diri sendiri sebelum kau buat untuk orang lain. Kalau tak, kau share resepi masakan jela bro! Tak payah nak tulis pasal orang la!

Kita kena berlaku adil. Orang yang menyaman ada hujah dia. Dia nak jaga nama dia. Kita tak boleh judge orang yang menyaman salah. Mungkin dia nak dengar dari mulut kau sendiri apa yang kau kata dan buktikan. Jadi kau buktikanlah. Jangan mengelak. Kalau kau mengelak, nampak sangat kau penipu. Itu yang dia nak dengar.

Aku secara jujur memang nak dengar orang buktikan apa yang diorang kata kat “mamat poyo” tu. Sepanjang aku bertanya-tanya, takda orang yang berjaya membuktikan apa yang dikata orang itu salah. Jadi, aku harap saman ini menjadi medan segala kenyataan direct atau innuendo dibuktikan dengan fakta-fakta dan kenyataan-kenyataan yang sahih.

Yang kena saman, jangan takut. Jangan lari. Jangan goyang. Kalau kau tak salah, kenapa kau nak takut? Nak lari? Nak goyang? Buktikan apa yang kau buat adalah benar!

Lawan!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.