Wajarkah basikal dikenakan cukai/permit jalan?

W

Isu ini tidak timbul di negara maju atau negara sejuk selama ini. Masa aku tinggal di Australia, tidak berlaku hal seperti ini. Walaupun penunggang basikal berkongsi jalan raya dengan kenderaan lain.

Kerana apa? Kerana tiada budaya kayuh ramai-ramai macam Le Tour De France. Tiada yang gatal kayuh di lebuh raya (toll road). Ya, di UK mahupun di Australia, haram kayuh di lebih raya.

Logiknya, basikal akan mengganggu trafik. Kayuh ramai-ramai pula akan lebih mengganggu trafik. Aku juga pernah beberapa kali bertembung dengan kumpulan berbasikal yang aku kira mengganggu perjalanan aku.

Mereka telah memperlahankan aliran trafik. Aku ingat ada accident atau kereta rosak. Rupanya sekumpulan gang basikal sedang kayuh perlahan-lahan dengan muka gembira dan cool.

Kenderaan yang menggunakan jalan raya, dikenakan cukai jalan. Kenderaan offroad tak perlu bayar cukai jalan. Kan? Jadi, aku nampak kewajaran di atas cadangan mengenakan cukai juga. Selain dari mengganggu trafik, kerja pihak polis juga akan sedikit bertambah.

Tapi bukan semua basikal. Roadbike jela. Alah, kata kaya. Basikal ribu riban. Lagi mahal dari Axia Kompang aku. Takkan bayar cukai/permit sikit pun berkira. Kita letak QR code je, bukan no plate motor tu. Apa beza basikal ribu riban dengan basikal lajak kan? Mestilah basikal ribu riban lagi bermaruah!

Kalau taknak bayar, korang kayuhlah pusing-pusing taman perumahan korang sudah. Jangan kacau Axia Kompang aku nak meredah jalan raya! Korang jangan sampai gang kuda, lembu, kerbau dan keldai pun nak ride masuk jalan raya!

Sekadar pandangan peribadi..

😜

Aliff Ahmad
Pemilik Axia Kompang
RM23,000 hutang 9 tahun.
www.scrut.my

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.