Aku tak setuju ajaran salam sampai tunduk melepasi daripada level ruku’ atas alasan nak ambil keberkatan. Dalam masa yang sama, terdapat dalil yang melarang tunduk kepada selain Allah.
Tiada manusia yang kita boleh pastikan dia benar-benar punya barakah dalam dirinya. Tiada indicator daripada wahyu untuk mengesahkannya.
Manusia ini kalau kau dah bodohkan dia, doktrinkan ketaksuban, maka mereka akan hilang akal yang yang sihat. Akhirnya mereka tiada minda yang progresif. Skeptikal apatah lagi.
Itu yang apa tok guru mereka merepek, ajar syirik, dan mempromosi khurafat secara jelas seperti kepercayaan kepada mandi safar dan zodial, mereka tetap “sembah” tok guru itu.
So, kita berdoa kepada Allah supaya kita dan keluarga kita tidak terjerumus ke dalam lembah kehinaan ketaksuban dan pengkultusan manusia. Maka, berdoalah diselamatkan.
Falsimpanglah!!