JANGAN TUNGGANG HADITH NABI UNTUK MELEMBIKKAN UMAT..

J

Aku memang belajar betul-betul bab agama ni masa aku tinggal di Australia dulu selama hampir 10 tahun supaya ustaz-ustaz tak boleh tipu aku, lebai-lebai tak boleh pusing aku. Aku belajar ulum hadith, ulum quran, mustalah hadith dan syarah hadith, fiqh dan usul fiqh, bahasa Arab dan ilmu alatnya, semua itu semata-mata kerana aku telah bertekad supaya tidak ditipu dalam hal agama selamanya. Aku bukan nak jadi ustaz, tapi aku taknak ditipu ustaz.

Jangan pelik aku mampu patahkan hujah mana-mana lebai dan ustaz dengan hujah agama balik. Kepakaran aku adalah membungkam ustaz dan lebai wannabe. Aku sangat tahu dan faham kelemahan kaum wannabe. Sebab itu aku tak gentar menghadapi mana-mana kaum wannabe ini.

Semalam ada wannabe bacakan aku satu hadith, hadithnya berbunyi begini,

Rasulullah S.A.W bersabda :
‎الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya.”
(Riwayat Al-Bukhari (6484))

Mereka yang benar-benar mengaji agama, pasti tahu yang larangan menyakitkan orang lain adalah larangan yang sarih adalah perbuatan zalim, jahat dan berdosa. Asal bukan tuduhan atau fitnah, ia sangat dibenarkan.

Berkata benar dan bercakap perkara yang adil adalah tidak termasuk dalam perkara yang menyakitkan manusia lain. Jika berkata benar juga boleh dikategorikan sebagai menyakiti orang lain, maka amat wajar Nabi sendiri tidak menyampai dakwah tauhid kerana menyakiti hati kaumnya terutama kaum kerabatnya.

Selepas kewafatan Nabi pula, Abu Bakar telah menolak permintaan Fatimah anak Nabi tentang pusaka Nabi dengan membacakan hadith Nabi yang Nabi tiada meninggalkan pusaka. Fatimah tahu ia kebenaran dan terus pulang, walaupun dikatakan Fatimah sedih sikit. Orang syiah guna kisah tersebut mengkafirkan Abu Bakar.

Ketika zaman Umar pula, Umar beberapa kali dictate sahabat-sahabat lain supaya mengikut kehendaknya. Ada yang dicekik, hanya kerana menyampaikan kebenaran. Mungkin mereka boleh kata, kau menyakitkan hati aku, diamkan kebenaran seperti kisah salam 3 kali ketika ziarah.

Zaman Uthman pula, Abu Dzar telah disuruh Uthman untuk kembali ke Madinah kerana dia kuat mengkritik Muawiyah. Kalau nak kira Abu Dzar akan terasa hati, Uthman tak buat begitu. Seperti yang kita tahu, Abu Dzar tinggal sendirian dan wafat sendirian.

Imam as-Syafie pula mengkritik pandangan gurunya Imam Malik sehingga mengamuk anak-anak murid Imam Malik, patutnya kita baca hadith di atas kepada Imam as-Syafie supaya beliau tak menyakiti para ashab Maliki di Mesir. Kan perkara khilaf? Kenapa Imam as-Syafie tetap tegas menyatakan kebenaran menurut pandangannya?

Begitulah indahnya Islam, selagi perkara yang dikatakan tidak melanggar syara’ maka ia adalah mubah (dibolehkan). Kalau sikit-sikit nak terasa hati, dunia takkan maju, Islam dilihat milik mereka yang berhati kecil. Walhal ianya tidak begitu.

Patutnya dinasihatkan kepada mereka yang cepat terasa hati itu dengan hadith ini,
‎عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمٍ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ قُلْنَا : لِمَنْ ؟ قَالَ للهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ – رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Daari ra, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama adalah nasihat.” Kami bertanya, “Untuk siapa?” Beliau menjawab, “Bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin, serta bagi umat Islam umumnya.” (HR. Muslim)

Ajarlah mereka yang berhati kecil untuk berhati besar. Ajaklah mereka menerima nasihat dengar hati yang terbuka. Islam agama rahmat, bukan agama sentimental.

Kalau tidak mustahil Islam berjaya membina tamadun yang besar dan agung suatu masa dulu. Mungkin disebabkan muslim hari ini lembik dan berhati kecil, Islam terus lemah dan terus dipijak-dipijak. Yelah, sikit-sikit nak sentimental..

Wallahu’alam..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.