KEJADIAN YANG PALING MENYAYAT HATI..

K

Siapa masih ingat kisah ini? Seorang karkun yang melihat isterinya digilis lori pasir di hadapan matanya.

Kemudian dia mengutip daging-daging dan organ-organ isterinya di atas jalan raya. Kemudian dia sendiri mencuci jalan raya menghilangkan bekas-bekas gilisan dan darah isterinya.

Diceritakan mereka yang berada di tempat kejadian beramai-ramai menitiskan air mata termasuk pihak polis ketika melihat usaha yang dilakukan oleh sang suami itu.

Walaupun beliau dalam keadaan sayu, dalam masa yang sama beliau kelihatan sangat tenang menguruskan jenazah isterinya yang hancur berkecai.

Ramai yang bersimpati terhadap beliau, beliau dipanggil untuk ditemu ramah oleh banyak pihak, tetapi beliau memilih untuk menyembunyikan kesedihan dan kepiluan beliau.

Aku rasa, kalau beliau inginkan populariti, pasti beliau boleh lakukan. Tragedi yang menimpa beliau sangat tragis. Jauh lagi dahsyat dari mana-mana suami yang kehilangan isteri.

Yang pasti, akaun Facebooknya terus ditutup sebagaimana mulutnya menutup untuk menjual kisah derita beliau dan mencari simpati masyarakat. Aku percaya beliau ini orang yang sangat tawadhuk.

Inilah doktrin yang baik diajar oleh Jemaah Tabligh. Apa-apa nak, minta dekat Allah. Apa-apa jadi, mengadu kepada Allah. Jangan berharap pada makhluk, berharap hanya kepada Allah.

Kisah kematian dan kesedihan diri, bukan barang dagangan meraih simpati atau populariti.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.