NILAI INTRINSIK BITCOIN?

N

Harga Bitcoin dah lepas USD50K hari ini. Tapi..

Ramai orang masih gagal hadam perkara ini. Mereka masih tak nampak nilai intrinsik Bitcoin dan masih bertanya soalan seperti itu.

Lukisan-lukisan di bawah ini adalah hasil seni pelukis terkenal yang bernama Sai Tuombli, salah seorang pelukis kontemporari yang menghasilkan karya antara termahal di dunia.

Hasil seninya dijual dari USD2 juta hingga USD 75 juta. Dari hasil seni di bawah ini, apakah nilai intrinsik lukisan-lukisan tersebut sehingga boleh dijual dengan jutaan nilainya.

Cat warna dan kertas? Takkan harga cat warna dan kertas sebesar itu berharga USD2 juta? Tidak logik bukan? Mereka akan jawab, mahal sebab harga hasil seninya dan nama pelukisnya.

Jika nilai seni yang begitu subjektif boleh dijual dengan harga jutaan dollar, ini pula nilai Bitcoin yang dikuasakan oleh teknologi dan code yang sangat power. Berserta dengan trust dari orang ramai.

Jadi, di mana nilai intrinsik Bitcoin? Jawabnya, pada teknologi dan kepercayaan manusia terhadapnya. Bitcoin tak boleh dihack, ia open ledger dan decentralize.

Faham?

Tak faham? Kau baca kat sini coin.my di www.coin.my.

Tapi kalau kau malas hadap web, kau beli buku power ni. Aku dan rakan-rakan orang teknikal yang tulis..

https://ifmal.com/…/50-dalil-kenapa-anda-wajib…/…

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.