JIKA IA VIDEO FAKE, MEMANG ORANG YANG BUAT TU SUPER HUMAN!

J

“Susah beb nak buat kalau background dan objek bergerak dalam masa yang sama dengan kesempurnaan warna pixel. Kalau lah ada orang boleh buat sedasyat itu, aku nak beli skill dan buatkan algorithm dia.”

https://www.facebook.com/100032470011946/posts/536940950731567/?d=n

Ini kata seorang pakar IT yang terlibat dengan digital forensik. Yelah, dengan struktur gigi yang sama, bentuk badan yang sama, dan yang paling penting tingkap toilet pun sama. Mana diorang tahu toilet rumah dia macam mana. Dahsyat betul kalau boleh buat deepfake level ni. Aku pun nak hire dia.

Takpa, itu satu pandangan.Cumanya, aku nak bawa ke satu dimensi pandangan yang lain.

1. Video itu diberi oleh mangsa-mangsa perempuan yang tiada pengetahuan tentang video editing mahupun deepfake. Ia diberi hanya menggunakan handphone.

2. Kalaulah dia pandai buat editing, kenapalah dia tak remove elok-elok gambar dia sendiri tetapi hanya menggunakan sticker.

3. Katalah ada orang lain yang buat video tu untuk mangsa, kenapa mangsa boleh terima video yang hanya sempurna di bahagian pemangsa. Kalau dah level macam tu deepfake-nya, takkan nak keluarkan part muka dia, atau gelapkan macam tak buka camera tak boleh dibuat?

—-

Anyway, itu hanya pandangan aku. Andaikata memang wujud talent yang boleh buat deepfake sesempurna itu. Tolong buat satu untuk Firdaus Wong. Kalau jadi, aku bayar berapa dia nak charge sebab aku nak hire or berguru dengan dia ilmu deepfake sesempurna itu.

Anyone? Pm aku..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.