KAWAN AKU KATA SALES DIA 1 JUTA HELAI!

K

“Bro, sales baju raya lelaki Elrah 1 juta helai! Orang beratur!”

Itulah kalam kawan aku ketika dia menceritakan tentang seorang usahawan yang dia kagumi.

Aku terus bertanya, berapa harga sehelai baju dia? Jawab dia, RM150-RM200 sehelai!

Fuuh! RM150 x 1 juta = RM150 juta!!!

Aku terus cakap, tak percaya!

Apa hujah aku?

Rakyat Malaysia hanya 30 juta orang sahaja. Let say kita consider 50/50 lelaki perempuan. Maka tinggallah, 15 juta lelaki.

Kalau 60% adalah Melayu, tinggal 9 juta. Daripada 9 juta, 50% below 45 tahun yang aku assume suka baju Elrah. Maka tinggal 4.5 juta.

Dari 4.5 juta, katakanlah 30% berpendapatan atas B40, tinggal 1.35 juta yang mungkin mampu beli Baju Elrah.

Dari 1.35 juta yang mampu pula, berapa % pula yang berminat dengan fashion Elrah? Daripada 10 orang kawan-kawan aku, 1 orang je kenal Elrah.

Jadi gua simpulkan, ia tak logik! Takkan Elrah conquer 70% market share? Tak jumpa pun orang pakai bersepah-sepah.

Kawan aku ni buat Phd dalam bidang keusahawanan dari negara mantan penjajah kita, United Kingdom! Tapi boleh percaya, mestilah aku geram.

Aku tanya lagi, berapa lama dah idola kau ni dah berniaga? Dia jawab, lama dah.

Jadi, macam biasalah, aku pun SCRUT la dulu kat SSM. Aku tanya apa nama company dia? Elrah Trading ni? Dia jawab, ha betul.

Ternyata ini lagi hebat! Kau orang tengoklah lampiran.

Sales RM150 juta, let say la RM80 juta, sebab pakai ejen. Tapi takda untung, takda rugi! Hebat tak? Ini lagi power! Tapi kalau benar, bolehlah sesiapa report LHDN kan?

Kawan aku tu pun tunduk sedar. Aku suruh dia tanya sekali lagi, betul ke sales 1 juta helai raya? Anyway, kalau betul, baguslah.

Mohon pakar-pakar saham, penganlisis pasaran, budak-budak startup sendu bajet cool dan mangkuk-mangkuk yang takda life buat analisis dan justification pula bisnes gaya Elrah. Kau orang jangan kata aku tak baca annual report dia pula tau!

Ada lagi 1 usahawan aku akan review demi kawan. Kalau aku salah, aku salah. Itu pandangan aku. Ini wall aku, aku punya suka! Peduli apa pula aku kan?

Sales 1 juta helai?! Kah kah kah!!!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

co-Founder SCRUT
Aliff Ahmad
www.scrut.my

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.