LIVE TRADING : BUKTI DIA BUKAN SCAM SIFU!

L

“SIFAT MANUSIA TAKKAN BERUBAH.”

Gua pernah dengar kesimpulan ini ketika gua form 5. Guru tasawuf dan ghostbusting gua yang sebut. Katanya sifat manusia itu takkan berubah. Yang berubah hanyalah arah sifat tersebut.

Beliau memberi contoh, Umar Al-Khattab ra. sebelum Islam dia gangsta, selepas Islam pun gangsta. Cuma arah gangsta dia saja berubah. Dulu kepada memerangi Islam, selepas Islam, dia gangsta ke arah memerangi batil. Begitu juga Abu Dzar, Abu Bakr, Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf dan lain-lain. Mereka semua tidak berubah sifat, mereka berubah arah.

Gua melihat perkara yang sama dalam kehidupan gua, kawan-kawan gua yang samseng, lepas taubat pun samseng juga. Mustahil lepas taubat dia jadi pondan. Yang lembut sotong, lepas taubat pun dia kekal lembut sotong. Yang spisis gatal pun, lepas taubat pun kekal gatal, bezanya dulu kaki perempuan, sekarang bini ramai atau jenis kahwin cerai, kahwin cerai.

Selama hampir 2 tahun gua mengenali dan berguru ilmu stock market trading dengan guru yang menjalankan kajian dan analisis teknikal selama lebih 40 tahun juga berkata perkara yang sama. Katanya, manusia dari zaman Nabi Adam sampai hari ni sama. Sifat manusia setiasa sama. Bila nak beli, bila nak jual. Bila nak makan, bila nak minum. Bila nak tamak, panik, takut dan gembira juga sama sahaja katanya.

Daripada kesimpulan awal beliau sifat manusia itu sama, prediction yang beliau keluarkan hampir 99% tepat. Dalam 68 stocks yang dia keluarkan tips, semuanya kena, 67 masuk price, 1 price tak masuk. Sebulan lebih kurang 15-30% keuntungan. Beliau bukan sahaja beri tips, bahkan menunjukkan live trading!

Lu orang pernah jumpa mana-mana sifu trading, sifu pelaburan yang berani buat live trading? Kata guru kami yang mulia, segala sifu saham yang buat kelas tu, semua scammer! Kalau dia boleh buat duit dengan trading kenapa dia buat duit dengan kelas?

Siapa sifu saham yang berani buat live trading?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.