KEHEBATAN AYATOLLA ISMA, ABDULLAH ZAIK..

K

Dalam video yang Ustaz Fauzi Asmuni bagitahu, yang pengurusan AP ni tak kaya. Aku cukup sentap mendengar kata-kata nista itu. Terus aku semak, salah satu syarikat hebat milik 100% Abdullah Zaik.

Korang kalau nak tau, Abdullah Zaik ni ialah salah seorang idola NGO aku. Dia ni bos ISMA, AP dan beberapa NGO lain. Dia juga pemilik beberapa syarikat perlombongan, teknologi dan akademi menembak.

Mana dia dapat modal. Dia belum cerita. Tapi seingat aku. Masa di Australia, aku pernah tanya dia,
“Ustaz di Malaysia kerja apa?”

Dia jawab,
“Ana fulltime NGO.”

Dahsyat, mungkin gaji NGO atau bonus NGO sangat padu sehingga mampu memiliki pelbagai syarikat. Atau mungkin segala itu turun dari langit. Maklumlah, Abdullah Zaik ini orang yang soleh. Kan?

Untuk membantah Ustaz Fauzi Asmuni, aku SCRUT syarikat Akademi Menembak Lt. Adnan Sdn. Bhd. Ini syarikat yang ada nilai tau. Syarikat yang ada lesen senjata ni bukan bishe-bishe tau! Dengan merujuk kepada www.interepo.com, aku mendapati.

1. Abdullah Zaik ialah pemilik 100% saham syarikat tersebut!
2. Anak Abdullah Zaik, Muslim Abdullah Zaik ialah pengarah syarikat bersama Nazrell bin Adnan. Nazrell ni mungkin anak kepada pengasas syarikat Tuan Haji Adnan.
3. Yang paling hebat adalah syarikat ini ada aset sebanyak RM1.3 juta tau! Logiklah, pistol, peluru, senapang, lapang sasar, takkan murah. So, banyak tak duit Abdullah Zaik tu?

So, korang boleh rujuk gambar tangkap layar di bawah. Kalau korang tak percaya, korang boleh semak sendiri di SSM.

Korang dan SPRM yang duk balon ISMA tu hati-hati, ayatolla ISMA ada syarikat “bang bang bang” tau!

Budak-budak ISMA tau tak pendapatan sebenar Abdullah Zaik ni berapa sebulan? Atau apakah amalan dia setiap hari sampai boleh tarik khazanah Allah dari langit direct barangkali? Solat Subuh berjemaah takbiratul ula di masjid mana?

Kalau tau, kongsilah..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.