ULASAN TERHADAP PENERANGAN PRESIDEN ISMA TENTANG AP..

U

Ada budak ISMA share video presiden ISMA Ustaz Fauzi Asmuni komen pasal AP. To be fair, Ustaz Fauzi ini salah seorang ayatolla ISMA, bawah sikit dari Abdullah Zaik je.

Setelah mendengar penjelasan dia. Aku bertambah confuse dan merasakan banyak perkara yang dia telah kasitau melanggar disiplin sebuah NGO Islam.

Secara syariah, perkataan yang dikatakan oleh Ustaz Fauzi tersasar jauh daripada hukum syariah. Mana mungkin wang derma boleh dipermain-mainkan sebegitu. Disorok dan dilabur ke sana ke mari.

Sehinggalah SPRM memberitahu yang terdapat banyak saluran dana derma itu tiada kena mengena dengan hal Palestin seperti pelaburan di syarikat perlombongan, media, akademi tembak dan agensi perlancongan.

Berikut adalah kenyataan-kenyataan Ustaz Fauzi di dalam video di bawah berserta respond aku.

1. Ustaz Fauzi langsung tidak menunjukkan rasa atau sikap bersalah terhadap kegagalan AP melakukan audit selama hampir 5 tahun. Di hanya kata dulu bising tak audit.

Reaction aku : Aku suruh audit dulu sebab aku nak tengok figura-figura yang keluar inilah.

2. Ustaz Fauzi menyatakan sumbangan dihantar hampir RM100 juta.

Reaction aku : Perkara ini penipuan yang jelas. Yang tertulis dalam audit report 2021, sumbangan yang dihantar hanyalah sekitar RM70 juta daripada RM114 kutipan. RM34juta pergi mana, itu yang ditanya.

3. Kata Ustaz Fauzi, bila projek di sana tangguh/delay/postpone, undang-undang Malaysia tidak membenarkan NGO “hold” atau “pegang” duit derma. Kalau pegang, nanti kena cukai.

Reaction aku : Undang-undang mana tu? Katanya orang sumbang untuk Filasteen, tapi kena cukai. Nanti orang ramai marah. Dia tak tanya pula orang marah ke tak bagi RM100, RM30 diorang ngap as fee? Orang ramai suruh bagi bantuan, yang korang beli aset tu? Orang yang derma semua happy? Kena denda dengan SSM, penderma suka? Happy? Pasal cukai, nanti aku ulas.

4. Ustaz Fauzi mengaku membawa lari duit derma untuk diletakkan di mana-mana. Antaranya kos operasi, pengurusan dan itu ini.

Reaksi aku : Mohon mana-mana auditor dan akauntan terangkan ajaran ini. SPRM suka dengar ni! Pengakuan jelas ni.

5. Ustaz Fauzi kata, lepas disorok sana sini, bila nak guna tahun depan, boleh digunakan balik.

Reaksi aku : Aku tertanya-tanya, masa bawa keluar sorok tu, simpan dekat mana? Bank akaun mana dan siapa? Masa bawa masuk balik, declare macam mana dalam akaun?

6. Ustaz Fauzi juga admit ada juga yang digunakan untuk pelaburan jangka pendek.

Reaksi aku : Penderma suruh derma, bukan suruh invest.

7. Ustaz Fauzi kata ahli lembaga tak kaya.

Reaksi aku : Betul la tu. Itu sebab ada yang naik kuda, ada yang ada company dengan paidup hebat-hebat. Kan? CEO meniaga pakai platform AP pun ok kan? Mana modal diorang dapat?

8. Ustaz Fauzi bawa cerita karut budak sekolah.

Reaksi aku : Orang minta dokumen je ustaz Kasi jela. Kenapa taknak open? AP bukan collect duit ahli ISMA sahaja. So, kena terbukalah.

Come on lebai!

Beginilah, aku ada beberapa soalan nak tanya Ustaz Fauzi,

1. Selama Ustaz Fauzi balik ke Malaysia, Ustaz Fauzi pernah kata fulltime dengan NGO. Boleh tahu, berapa gaji dan segala pendapatan yang dibayar NGO?

2. Boleh Ustaz Fauzi terangkan, bagaimana bayaran dibuat kepada Kedai Amal, tetapi AP yang keluarkan resit? Daripada CEO AP dapat modal kalau tak kaya?

3. Abdullah Zaik tu berniaga apa boleh kaya raya ada macam-macam business, boleh ustaz sahkan yang semua syarikat dia tak terima apa bayaran daripada AP?

4. Pasal masalah syariah yang dibangkit oleh Dr. Abdul Rahman dan Dr. Syed Syahridzan. Majlis ulama’ ISMA kenapa membisu?

5. Kenapa dalam audit report TIDAK direkodkan ada investment gold bar? Tolong jawab..

Segala isu yang dibangkitkan SPRM adalah apa yang aku dah expect berlaku. Kalau bukan sebab SPRM geledah pun, aku tetap persoalkan. Itu sebab aku dah sebut banyak kali. Kalau betul steady, ada integriti, berani transparent, bakmai sini.

1. Bank statement.
2. Management account dan balance sheet.
3. Segala invoice dan resit bayaran.
4. Senarai vendor/kontraktor.

Ramai rakyat Malaysia boleh tolong semakkan tahap integriti NGO tersebut.

Kalau kita bersih, nak takut apa kan?
Kan?

😜

https://www.facebook.com/watch/?v=670486145199900

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.