Kenapa aku balik ke Malaysia?

K

Masa aku nak balik Malaysia, tinggalkan keselesaan hidup di Australia. Setiap kali aku rasa tak jadi balik, aku dengar lagu ni. Korang budak-budak 90s, pergi dengar lagu ni elok-elok..

The days had gone, too long,
it seems like yesterday,
This is the land,
we’re born and where we gonna stay,
The pride is there,
we knew and its always in our hearts,
We gonna stand and fly,
the flag of nations pride.

The war had gone, and all
the heroes had their way,
But if it strikes again,
we know we gonna stay,
We gonna stand and fight,
we’ll die for this prideland,
We’ll show the foes,
we’re great coz we’re the countrymen,

And when you hear the call we know that you’ll be there,
its for the stripes, the moon and star,
Coz we all proud,
that we were Made In Malaysia,

We had been raised to trust
the God and to the King,
We gonna stand our ground,
the strength that comes within,
So if you think you got
those feeling that is true,
and it’s all for the yellow,
the red and white and blue,

We gonna stand (We gonna shout),
This is the land (That we are proud),
Let’s join the line and youll know what it’s all about

Dua orang boss aku nilah yang kutip aku masa aku balik dari Australia, boss Nik Izwan Kamel, prodigy coder yang aku kenal semenjak zaman kanak-kanak yang berperang di mIRC, sekarang ni dah jadi dewa coding AI trading system dan abang long Abu Aisy yang sentiasa ada idea gila pasal sales, yang sekarang ni dah jadi dewa sales ubat kuat dan kesihatan. Korang masa tu mana kisah pasal aku! Korang duk usya VVFV je!

Masa tu ramai tanya, apsal aku balik Malaysia? Macam-macam jawapan aku bagi. Yelah, 10 tahun aku tinggal di negara kangaroo, kerja steady, gaji steady, business kat sana pun steady, boss pun hot. Tapi, aku rasa aku nak balik Malaysia mengikut jejak langkah sahabat aku Muhd Noraswazdi yang tanpa ragu-ragu pulang ke tanah air. Dia anak dato, budak private, kalau tak balik pun takpa. Tapi, dia pun balik. Dengan gopren dia yang ramai kat Malaysia dia tunjuk kat aku, lagilah terangsang aku nak balik Malaysia untuk berbakti kepada rakyat Malaysia.

Aku memang berat nak balik lama dah. Sebab mak aku hidup lagi, at least kalau aku dekat Malaysia, apa-apa jadi, dekatlah sikit banding dengan Adelaide tu. Aku sampai dah boring sebenarnya tinggal di luar negara, aku pernah kerja di Abu Dhabi dan UK. Tapi semua aku rasa tak best. Naik kapal terbang tu biasa sangat, helikopter pun sampai nak muntah masa di Abu Dhabi. Jadi aku taktaulah, apa yang best sangat duk negara orang tu.

Mungkin benar kata pepatah Melayu,

“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri..”

Tinggal di luar negara memang best sekejap je. Rilex dan sangat tenang. Mana ada gangguan family. Sebab itu zaman dekat sana, aku boleh khatam banyak kitab, bertalaqi, dan baca banyak buku. Balik Malahysia, aduh, 1 buku pun payah nak buka. Tapi kau tetap akan boring kalau kau berjiwa merdeka. Di negara orang, kau tetap pendatang, kau tetap bukan “white ass”. Nak bawa kereta 300kmh kat sana? Bilalah kau nak merasa kan? Balik Malaysia, terus aku merasa! Kah kah kah!

Aku balik Malaysia ada beberapa sebab selain aku nak dekat dengan mak aku. Antaranya aku ni belajar dulu tajaan kerajaan, sampai masa, aku kena balik berbakti kepada nusa dan bangsa. Taknaklah aku jadi macam doktor-doktor Malaysia yang jadi pengkhianat negara tu. Sembang kencang dekat Twitter, tapi serve rakyat sana. Walhal belajar pakai duit rakyat Malaysia, bukan duit rakyat England. Sebab itu aku buka business, cipta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Itulah cara aku buat payback, selain bayar cukai dan zakat di Malaysia.

Selain itu, aku cuba-cuba bereksperimentasi dengan rakyat Malaysia melalui rumah anak yatim dan asnaf, gelandangan dan klinik wakaf. Semuanya gagal. Aku simpulkan kerana sifat manusia itu sendiri. Anak yatim dan asnaf yang sudah rosak pemikiran, gelandangan yang diberikan peluang pekerjaan tapi memilih untuk tidak bekerja dan dokor muda yang khianat kerana berminda kapitalis jahat. Korang jangan cakap aku tak sumbang apa-apa atau taktau pasal NGO-NGO ni. Habis duit aku dan kawan-kawan aku buat projek-projek rakyat ni. Nanti ada masa aku ceritalah!

Aku juga pernah menyumbang idea kepada kerajaan zaman BN-Najib sehingga ada menteri yang minat gila kat aku sampai menawarkan aku jadi pegawai khas. Di zaman PH pula, aku ditawarkan memegang jawatan CEO di sebuah GLC kecil di bawah sebuah kementerian. Ohya, dijemput menjadi “think tank” sebuah kerajaan negeri juga dalam bidang ICT. Semua jawatan rasmi yang ditawarkan aku tolak sebab gaji besar sangat. Pegawai khas 4 angkat, CEO 5 angka kepala 2.

Aku ni marhaen, mana biasa gaji besar-besar ni. Lagipun, aku bukan bangsa “Kita perlu hidup..” Takut nanti terhutang budi, dari liar dan melawan, terus jadi lunyai dan menjilat. Nauzubillah. Jadi, aku kekal berprinsip tolong kerajaan ikhlas kerana kepentingan rakyat tanpa mengharap apa-apa balasan. Lagipun, aku bukan boleh pakai baju kemeja dengan coat sangat. Aku kan nak buka parti sendiri, buat apa aku associate dengan diorang kan?

Kenapa aku balik Malaysia?

Sebab aku orang Malaysia, aku Made in Malaysia!

Kalau orang Malaysia dah taknak aku nanti, aku ingat nak blah ke Wakanda dengan sahabat-sahabat aku. Wakanda for eva!

#HEILB40M40
#POM

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.