KISAH MARKET WIZARD LAGENDA..

K

Siapa 2 orang tokoh di bawah ini?

Kalau korang tak kenal 2 orang ini, elok kau jangan mengaku kau trader atau technician (technical analyst).

Yang kiri ialah Welles Wilder, yang kanan ialah Ralph Nelson Elliot.

Welles Wilder ialah pengasas sistem DMI dan RSI manakala Ralph Nelson Elliot ialah pengasas teori Elliot Wave.

Aku tak mau cerita panjang pasal 2 orang tokoh ini. Sebab korang boleh google sendiri. Cuma aku nak cerita pasal kajian tok guru aku terhadap sistem dan teori 2 orang tokoh tersebut.

Tok guru aku telah mengkaji kebolehgunaan teori Elliot Wave selama bertahun-tahun. Akhirnya beliau telah membuat kesimpulan Elliot Wave adalah Idiot Wave.

Welles Wilder pula ialah guru beliau. Beliau telah bertalaqi lutut ke lutut dan tidur sebilik dengan Welles Wilder untuk bersama-sama mengkaji keberkesanan RSI dan DMI dalam stock market prediction. Akhirnya beliau meninggalkan sistem RSI dan DMI buat selama-lamanya.

Selama 40 tahun kajian beliau, maka lahirlah sistem sendiri, teori sendiri, dan interpretation sendiri. Setiap lenggok chart, gerak geri bar chart, semuanya mampu beliau define dengan sangat jitu. Beliau telah conclude-kan kajian beliau!

Kini, ilmu, system, teori dan interpretasi yang telah beliau conclude sedang kami AI-kan supaya dapat dimanfaatkan oleh ummah seperti yang beliau amanahkan. Dengan kehandalan sahabat aku Nik Izwan Kamel melakukan coding level dewa, insyaAllah amanah beliau akan kami laksanakan.

Kau tunggu!

Kami bukan trader, kami hanya teknologis!

Kami tak kaya, tapi kami hensem!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.