KENAPA ORANG ISLAM KENA NIKAH/KAHWIN SEBAB AGAMA?

K

1. Agama wajibkan nikah untuk melayan nafsu dan fitrah. Tak perlu ulas kot.

2. Kalau tak nikah tak boleh buat sex, bila tak boleh buat sex, macam mana nak ada zuriat?

3. Kalau kita nak buat sex tanpa nikah, pun boleh. Tapi agama kita kata ia dosa besar.

4. Kalau agama Islam tak wajibkan nikah dan tidak dihukum berdosa untuk buat sex sebelum nikah, korang nak nikah ke?

5. Kalau agama Islam tak benarkan korang duduk dan tinggal sekali sebagai domestic partner, de facto, sex buddy, sugar baby/honey/daddy dan lain-lain, korang buat tak?

6. Sebenarnya perkahwinan dalam Islam adalah relationship contract yang menggariskan tanggungjawab, hak dan keadilan. Itu sebab Islam mengiktiraf perkahwinan mana-mana agama sebelum mereka masuk Islam. Mereka tak perlu nikah balik.

7. Berdasarkan jawapan-jawapan majoriti yang komen, mereka kahwin kerana agama. Agama larang itu ini sebelum sebeluk nikah. Agama kata tuhan bagi itu ini selepas nikah. Syurga, rezeki, sakinah, mawaddah dan lain-lain.

8. Justeru, jika ada orang kata sebahagian lelaki selective bila bab poligami, tanyalah kepada diri sendiri, ketika nak nikah dulu, adakah korang juga selective untuk menerima nikah sahaja? Hukum hakam lain seperti, tutup aurat, poligami, cerai talaq dan lain-lain korang taknak terima?

9. Sebenarnya setiap pilihan manusia itu sebenarnya mesti justify untuk diri dia. Jangan sibuk tolong rasa dan justify untuk orang lain. Itu sebab Islam agama yang syumul memberi solusi setiap masalah di atas dunia ini.

10. Islam mengharamkan judi dan riba, tapi Islam menghalalkan jual beli dan menggalakkannya. Islam mengharamkan zina, tapi Islam menghalalkan nikah dan poligami. Islam mewajibkan ketaatan isteri kepada suami, tapi Islam membenarkan permohonan cerai jika disakiti. Takyah gaduh-gaduh, ada exit clause ma!

11. Kita tahu ada agama tidak membenarkan penceraian. Ada juga ajaran yang menjadikan suami sebagai tuhan. Tetapi agama Islam tidak, setiap entrance, pasti ada exit.

12. Kita orang Islam tak perlu takut, kalau ada orang yang salah guna agama, manipulasi agama untuk nafsu sendiri, menipu dan lain-lain, kita tahu dia tak boleh tipu tuhan. Menipu atas agama ini lagi worst, tuhan pasti hukum dengan berat. Agama kan milik tuhan.

Apa yang aku nak sampaikan adalah, Islam tak memberatkan umatnya dalam apa-apa hal. Jangan rasa diberatkan. Terutama dalam hal selain akidah dan ibadah. Ianya terbuka luas untuk dibahaskan dan berkhilaf.

So, apabila korang dah sedar nikah sebab agama, korang kenalah sedar talaq itu juga sebab agama, poligami itu juga sebab agama. Kalau bukan sebab agama, kita semua boleh hidup macam Hugh Hefner dan lain-lain. Indah pun indah.. Kan?

Clear?

Unless korang memang kahwin untuk maki-maki pasangan orang, untuk tunjal-tunjal kepala dia, guna nama dia buat personal loan, atau buat scam. Kalau kahwin sebab tu, aku tak boleh kata apa-apa lah..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.