KENAPA YUSUF AZMI BERIYA-IYA SANGAT NAK MEMPERTAHANKAN DATO YANG TAKDA DALAM ISTIADAT ORI TU?

K

Oh.. Sebab sahabat dia..
Kelakar!

Pejuang yang kononnya melawan scammer dan ahlong, tetapi nak mempertahankan dato yang takda dalam Istiadat sangat diragui integritinya. So, nak mempertahankan sekali “Dato’ Seri” rumah RM10 tu tak? Ops, mungkin suami dia tak bersahabat dengan Yusuf Azmi.

Ohya, tentang dia dah bertudung. Aku minta maaf. Aku terlepas pandang. Aku dah tolong tudungkan dia dalam posting tersebut. Ada apa masalah lagi tak? Sepatutnya dia sendiri dah buat lama dah dengan menghubungi media-media jika dia benar-benar mahu gambar-gambar dia tidak berhijab dihapuskan terus macam Wardina buat.

Atau mungkin Yusuf Azmi yang terpaksa menggunakan alasan aurat ini untuk menutup isu utama iaitu tentang dato yang tiada dalam Istiadat ori barangkali. So, aku telah ke IG Kak Fauziah Gous untuk melakukan semakan. Hasilnya, gambarnya yang tidak berhijab masih terpampang.

Jika dia sendiri pun tiada kekuatan atau mengambil inisiatif untuk memadamkannya, nampak macam Yusuf Azmi yang lebih-lebih untuk mencari hujah menafikan naratif sebenar kes dato-dato ini. Aku ada share bukti sekali. Aku dah tolong tudungkan sekali tau!

Harap Yusuf Azmi tegurlah sahabatnya untuk mensyiarkan taubat isterinya melalui penghapusan gambar-gambar tersebut. Kalau tak, harap Yusuf Azmi sound IG suruh remove-kan. Maklumlah, Yusuf Azmi kan pejuang maruah sahabat dia.

Aku tidak menerima apa-apa mesej di page ini mahupun di whatsapp. Yusuf Azmi bukan taktau aku dan peguam Mahmud Jumaat ni “blood” brother. Maka rasanya usaha untuk menghubungi aku yang gagal itu hanyalah ayat cliche untuk karangan sahaja.

Anyway, berbalik kepada isu dato-dato ini. Yusuf Azmi tak perlulah cuba menegakkan benang basah. Kalau benar sahabat anda itu dapat dato ori, buktikanlah dengan suruh SUK memasukkan namanya ke dalam Istiadat Ori. Tak susah pun.

Kalau memang dato tak ori, suruh jelah dia come clean. Tak perlulah nak hantar atau mengadu dekat Yusuf Azmi untuk divert isu. Kalau datoship ini takda keperluan. Kenapa tak nafikan daripada dulu yang memang takda dato. Siap jawab konon ada watikah bagai.

Adakah Yusuf Azmi sokong segala mala manusia menggunakan dato palsu? Bro, segala scam bermula dengan menipu credential. Takkan itu pun taktau. Menggunakan gelaran dato, ustaz, dr, ir, prof dan macam-macam lagi tu untuk apa?

Apa dosa? Apa kesalahan? Menipu tak berdosa? Menggunakan gelaran palsu kan salah menurut undang-undang negara. So, Yusuf Azmi nak allow semua orang pakai dato palsu ramai-ramai lepas ni?

Ohya, since Yusuf Azmi dah kata aku nak cari perhatian. Aku pun nak tanyalah, NGO Yusuf Azmi tu taknak buat open audit ke? Sebenarnya ramai juga tanya aku pasal Yusuf Azmi ni. Harap dia sendiri boleh tunjuklah segala income dan belanja NGO dia.

Rasanya, Yusuf Azmi tidak menjawab pun persoalan yang aku kemukakan, lebih kepada dia divert isu ke aurat sahaja konon nak tunjuk garang. Sorry bro, suruh je sahabat anda buktikan yang datoship dia ori dengan arahkan SUK Pahang masukkan dalam Istiadat Ori.

Dapat dato tahun 2016 kan? Kalau Yusuf Azmi nak percaya dia ada dato, silakan. Aku dan rakyat Malaysia yang tak rela ditipu dan dibodohkan tidak boleh terima. Isu ini bukan isu buka aib, ini isu nak mengajar masyarakat nak mengenali dato ori sahaja.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.