BEARER ALSO KNOWN AS DATO’ SERI ALIFF AHMAD..

B

Beginilah..Aku dah ulang banyak kali, so bila ada orang bawa lagi hujah ini, aku terangkan balik.

Sindiket dato-dato scam ni memang buat servis tolong update-kan passport sekali. Semua itu dibuat untuk nak meyakinkan pembeli dato, dato yang dia beli itu valid.

Pakej yang di-offer adalah :
1. Surat watikah.
2. Surat pengesahan daripada SUK.
3. Pingat.
4. Emblem kereta
5. Sehelai persalinan dan gambar dengan sultan (photoshop).
6. Update passport dekat page belakang tulis ada title dato or dato seri.

—-

Aku taktaulah sama ada pegawai itu kena scam dengan surat SUK fake tu, atau memang sebahagian daripada sindiket.

Tapi, aku nak cerita sikit. Sebelum ini aku cerita ada broker pernah offfer kat aku dato dengan harga RM50k, 1-5 itu ditawarkan. Aku cakap kat dia, kalau nama aku masuk dalam istiadat.gov.my aku bayar, dia cakap tak boleh commit.

Dia kungfulah ini tengku sana sini, budak SUK, ini legit, ikut pintu belakang. Bla bla bla, bla blabla, bla bla bla. Lepas tu aku kasitau dia, aku tak minat, tapi kalau boleh masuk dalam Istiadat ramai nak.

Anyway, adalah kawan aku yang beli. Ya, memang passport dia, dia berjaya print keluar ada dato. Yang menariknya, ada kawan sorang ni ambil dato sulu, pun kat passport dia ada print dia dato.

Cuma semalam aku sembang dengan member seorang ni, dia cakap imigresen memang tak cross check pun dengan SUK. Selama ni diorang trust je. Lagi 1 dia cakap, elok imigresen record-kan nama lain dia, supaya apa-apa jadi, kita tau itulah orangnya.

Duhai manusia yang bijaksana sekalian, jika memang datoship itu ori, apalah salah kiranya dato itu menghubungi SUK dan suruh masukkan sahaja. Kalau diorang taknak masukkan saman sahaja SUK itu kerana telah merosakkan nama baik korang.

Kenapa takut nak sound SUK? Sebab tau datoship scam ke?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.