JUSTIFIKASI SALAM TANGAN GURU LEVEL TUNDUK LEBIH DARIPADA RUKU’, CIUM, HIDU DAN HIRUP TANGAN GURU..

J

Inilah permulaan kultus dan projek pembodohan ummah. Lepas dah cium tangan level jilat, takkan tak taksub lagi?

Itu yang apa guru dia scam, mimpi jumpa Nabi SAW, yaqazah secara jaga dan sedar, dapat amalan zikir dan wirid daripada Nabi direct..Diorang akan terus beriman. Sami’na wa ata’na.

Itu yang apabila guru dia kata jumpa Nabi Hud AS pun dia percaya. Guru dia sebar hadis palsu pun dia percaya buta. Itu yang Nabi SAW dan para sahabat Rhum ikut kanan, guru ikut kiri, diorang ikut kiri.

Ini semua permulaan projek pembodohan ummah, projek pembodohan agama, projek menghina akal manusia, projek penunggang agama cari makan.

Islam mengajar kita mencari tuhan yang satu, mentauhidkan Allah, dengan mengikut sunnah Nabi SAW dengan kefahaman para sahabat dan para aimmatul salaf.

Teringat aku antara kata-kata seorang sahabat Nabi SAW ketika bertemu panglima perang parsi, Rustum. Namanya Ribi’i bin Amir RA. Katanya kepada Rustum apabila dia bertemu Rustum,
اللَّهُ ابْتَعَثْنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللَّهِ، وَمِنْ ضِيقِ الدُّنْيَا إِلَى سِعَتِهَا، وَمِنْ جَوْرِ الْأَدْيَانِ إِلَى عَدْلِ الْإِسْلَامِ، فَأَرْسَلَنَا بِدِينِهِ إِلَى خَلْقِهِ لِنَدْعُوَهُمْ إِلَيْهِ، فَمَنْ قَبِلَ ذَلِكَ قَبِلْنَا مِنْهُ وَرَجَعْنَا عَنْهُ، وَمَنْ أَبَى قَاتَلْنَاهُ أَبَدًا حَتَّى نُفْضِيَ إِلَى مَوْعُودِ اللَّهِ

Maksudnya: “Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia membangkitkan kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka sesiapa yang menerima perkara tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi sesiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya sehinggalah kami berjaya memperoleh apa yang dijanjikan Allah SWT.”

Perkataan PERHAMBAAN SESAMA HAMBA ini aku pegang dengan maksud lain adalah mensucikan guru sampai level melebihi penerimaan akal manusia sihat.

Sepatutnya, guru ini membimbing ummah untuk mengikut Nabi SAW dan para sahabat Rhum. Bukan bawa manusia taksub kepada manusia yang tiada sandaran dalil yang mutlak kemuliaannya.

Kalau guru itu guru yang mursyid, dia takkan suka orang berlebihan menghormatinya atau memuliakannya. Dia mesti malu dan rasa terhina mengenangkan dosa sendiri dan aibnya disorok tuhan. Kan?

Korang nak guru yang macam mana?

😜

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/5270050583121653

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.