Umno kini berpecah 3 golongan utama.
1. Gang warlord yang kena dakwa di mahkamah seperti Zahid Hamidi, Najib Razak dan Ahmad Maslan.
2. Gang yang memang nak UMNO stand alone dan hanya taawwun dengan PAS seperti Tok Mat, Asyraf Wajdi dan Anuar Musa.
3. Gang khunsa liberal yang boleh jadi apa saja asal tak kena dakwa, tak kena tangkap, dapat projek dan dapat kuasa sikit seperti KJ dan Nazri Aziz.
Disebabkan ada 3 golongan ini. Maka terdapat 2 mazhab utama.
1. Mazhab nak jaga bontot sendiri.
2. Mazhab nak reform UMNO.
Dalam 2 mazhab utama ini, pastilah terdapat mazhab yang unik sikit. Ada kumpulan kecil yang dikepalai oleh H2O yang berkolaborasi dengan gang kartel Azmin Ali untuk agenda mereka sendiri bagi mengekalkan tempat mereka dalam politik negara. Mereka tidak kuat, tapi mereka licik.
Zahid Hamidi adalah protoge Anwar Ibrahim ketika zaman aktivisme di universiti, Yayasan Anda dan sebagai ketua pemuda Umno kumpulan Anwar suatu ketika dulu. Kedua-dua nama besar ini sedang memegang 2 parti besar dalam negara.
Mungkin benar Anwar Ibrahim boleh dapat majoriti sokongan. Tapi kenyataan majoriti yang meyakinkan dan lebih besar itu aku kira hanya drama. Bagaimana mungkin Anwar mengawal parti-parti lain dalam coalition sedang partinya sendiri huru hara?
Meyakinkan? Ah, dulu pun Anwar pernah announce nak tumbangkan kerajaan Pak Lah dengan cara macam ni juga kan?
Anyway, perbuatan yang tak bertanggungjawab ini telah menyebabkan indeks BSKL jatuh semalam.
Kan?