KITA WIRA NEGARA! SELAMAT HARI HASIL YANG KE-26!

K

Ramai yang tahu, aku ialah orang pertama dan mungkin “the only one” yang bangkit melawan LHDN secara terbuka.

Tapi, tidaklah aku menjadi pembenci cukai dan pembenci para pekerja di LHDN. Ya, aku melawan kezaliman dan penindasan yang telah berlaku selama ini dan didiamkan kerana faktor-faktor yang biasa kita dengar. Diganggu balik dan diugut.

Aku menyuarakan ketidakadilan terhadap B40, M40, SME dan Startup. Aku bersuara untuk itu. Untuk mereka yang sedang jatuh, tiada income dan tengah susah. Yang kaya-kaya tu, lantak koranglah.

Korang ada lebihan duit, ada supercar, ada banyak aset. Tunjuk kaya. Berjalan merata. Bayarlah! Sebab puak ni banyak pusing, kawtim, ada cable-lah, yang marhaen terpaksa ditindas.

Dalam ramai-ramai orang LHDN yang korang jumpa, aku tau majoritinya memang teruk. Tak angkat phone, kalau angkat pun macam cilaka. Kita tak habis cakap dia letak.

Pergi kaunter muka tak mesra. Tengok kita macam penjenayah. Kalau dipanggil dengan taksiran, diugut dan diancam supaya setuju. Surat dihantar tak sampai, surat diperas terus ke mahkamah boleh pula sampai ke alamat kita.

Mereka punya kuasa dan akta untuk memijak kita, rakyat marhaen. Tapi, mereka harus ingat, hasil itu datang daripada kita. Kalau kita mati, mereka pun takkan hidup. Ini simbiosis segar yang mereka kena ingat.

Membunuh SME dan Startup umpama membunuh sperma dan ovum. Benih awal ekonomi rakyat jika dimusnahkan maka raksasa kapitalis akan terus menguasai negara ini.

Nak jadi macam negara lain yang sudah masuk ke fasa society crisis? Sikit-sikit je rakyat akan keluar berdemonstrasi. Jangan terlalu short minded para penguasa dan pentadbir negara.

Silap haribulan, rumah korang yang akan dimasuki mereka dulu. Itu sebab golongan pertengahan (middle class) ini tidak boleh dibunuh dan dihapuskan. Ia mesti dilahirkan dan dibaja.

Sempena hari HASIL ke-26 ini, aku merakamkan beberapa kalam yang aku dengar sendiri daripada orang kuat LHDN. Mungkin ia pandangan peribadi mereka, tapi, pada aku ada roh insaf yang hidup di dalam hati melalui kalam-kalam mereka.

1. CEO
“Apabila kita terpaksa menggunakan kuasa dan akta, maka kita telah gagal menyampaikan kebaikan cukai.”

2. Pengarah Pematuhan
“Saya tak mahu nanti di akhirat, ada pembayar cukai yang tarik saya daripada masuk syurga.”

Aku doakan ramai lagi watak-watak baik dan insaf akan muncul dalam agensi penting negara ini. Aku sentiasa berpegang dengan prinsip ini.

“Orang jahat makin jahat bukan disebabkan orang jahat makin ramai, makin kuat dan makin berani. Tetapi diamnya orang yang baik.”

Aku percaya cukai boleh menolong orang miskin, aku percaya cukai boleh membantu negara. Cuma, cara kutipan dan pengurusan itu perlu diperindah dan dimesrakan.

Selamat Hari Hasil ke-26!

Semoga Allah memberkati mereka yang ikhlas membantu rakyat marhaen.

Daripada,
Aliff Ahmad
Pengasas Group LHDN Cari Siapa Hari ini?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.