LAPORAN POLIS – ADAKAH POLIS AKAN TERUS SIASAT DAN AMBIL TINDAKAN?

L

Begini, anggota polis ini ada banyak kerja. Kadang-kadang mereka memilih kes yang lebih utama, menurut arahan, atau setelah menerima tekanan masyarakat.

Sebagai contoh, kes adik Bella, siasatan dijalan lewat dan dilihat tidak kemas. Setelah menerima desakan dan tekanan masyarakat, barulah siasatan dikemaskini sehingga Siti Bainun dituduh dan disabit bersalah.

Asalnya, Siti Bainun tidak direman, saksi-saksi mata masih tinggal dan di bawah kalawan Siti Bainun. Mana mungkin saksi-saksi ini berani hendak barsuara di hadapat Siti Bainun ketika statement polis diambil bersama Siti Bainun. Sampai saksi mata lari kemudian buat laporan polis dan buat SD baru siasatan berubah direction dan pertuduhan ditambah kepada penganiayaan.

Jelas?

Juga terdapat beberapa laporan polis terhadap Siti Bainun dan Rumah Bonda tidak dibuka siasatan pun. Mungkin kena tunggu Kak Mona kami mengamuk kot. Baru nak buka siasatan. Aku pula, bila aku busy, aku tak larat nak follow up. Lagipun, aku sangat faham kerja pihak PDRM yang terlalu sibuk.

Tentang scam pula. Scam di Malaysia ini terlalu banyak. Macam-macam jenis scam ada. Scam ayam, itik, telur itik, stall burger, NGO, tanah, kucing, anjing, crypto, pelaburan pre-IPO dan lain-lain. Tak tahulah apa lagi ada. Aku rasa anggota di JSJK mungkin tak cukup masa.

Sebagai contoh, ada saudagar lot lidi juga dilaporkan menerima banyak laporan polis terhadapnya. Tetapi rasanya masih tidak kena apa-apa tindakan lagi. Sifu saham dengan pre-IPoh pula, pun difahamkan telah banyak laporan polis terhadapnya. Pun masih steady lagi sehingga hari ini.

Jadi tak peliklah kalau scam-scam runcit ini pihak polis tidak terlayan. Dalam masa yang sama, orang yang kena scam-scam runcit ni pun malas nak report polis, or nak follow up report mereka. It usebablah korang dapat tengok scammer-scammer ini mendabik dada dan bongkak.

Korang mesti tertanya-tanya, takda tindakan ke? Itu korang kena tanya Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Jadi tugas masyarakat adalah memberi public pressure, kepada scammer dan kepada pihak berkuasa.

Tapi, apa pun, laporan polis yang telah dibuat telah menjadi indikator yang perkara tersebut berlaku. Terutama perkara yang melibatkan transfer duit dan masuk ke account. Sebenarnya kalau nak siasat dan dakwa memang tak susah. Tapi apakan daya, kena kerja lebih sikit. Kena ke bank untuk mengesahkan duit keluar masuk selain kena firm-kan pelapor dan saksi untuk willing masuk ke mahkamah.

Itu baru di peringkat siasatan. Belum lagi di peringkat pendakwaan. DPP pun sibuk. Banyak kes. So, diorang pun tapis la kes yang diorang rasa diorang nak bawa. Yang straight forward. Macam biasa, pelapor dan saksi pun kenalah strong kan. Kalau pendakwa taknak dakwa, apa pelapor boleh buat kan?

Walaupun scammer itu tidak diberkas atau ditangkap, kena bear in mind, once a scammer always a scammer. Scammer ini otak dia akan terus fikir macam mana nak scam orang sebab darah daging dia yang dah terbiasa makan hasil haram memungkin dia rasa dia kebal dengan api neraka kot.

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.