Dulu..
Solat 2 imam. Nikah tak sah. Kena bercerai. Haram makan sembelihan. Sana kafir, sini kafir. Siapa tak sokong dia, tidak sokong perjuangan Islam, jadi munafik. Siapa tak pangkah parti dia, tak masuk syurga. Undi parti dia masuk syurga.
Kini..
Tanya sikit je, walanon! Cuit sikit je, jilat DAP! Kritik sikit, pro LGBT, liberal! Bagi pandangan yang tak favor dia, upahan Wak Jahid! Minta kepastian, tuduh kita buat fitnah. Tuduh kita musuh Islam. Tak setuju dengan parti dia, masuk neraka.
Itulah aku dah sebut lama. Ideologi ini takkan berubah, akan kekal selama-lamanya. Akan terus mekar walaupun generasi baru muncul. Mereka kekal merasakan mereka ahli syurga. Mereka lupa jasa orang lain yang pernah mereka guna untuk berhujah melawan lawan mereka.
Alhamdulillah..
Aku lahir, membesar, dan dibesarkan dalam keluarga parti politik Islam. Pernah melalui fasa taasub parti ketika usia muda. Dikafirkan kerana mengikut Jemaah Tabligh keluar 40 hari. Ketika itu Jemaah Tabligh (JT) dikafirkan/dimunafikkan kerana tidak menyokong perjuangan politik kepartian.
Sehingga hari ini pun JT kekal tidak melibatkan diri dengan politik kepartian. Tanyalah mana-mana karkun atau buzruk, pengalaman mereka berhadapan dengan orang parti politik Islam. Pasti kisah dan cerita mereka tidak jauh berbeza dengan aku.
PRU yang lalu, kejap aku jadi walanon, kejap aku jadi walaun, kejap aku jadi budak UMNO, kejap aku jadi budak PN, kejap aku jadi budak PH. Begitulah mereka #TaikPolitik. Berbeza sikit, terus cop! Lainlah aku ni scammer makan duit orang awam. Menunggang agama untuk mendapat laba.
Baru ingat nak rembat Rafizi. Walaun pula sentap lebih datang dulu. So, layan walaun dulu lah. Ohya, apa yang DrMaza cakap ni, sampai sekarang masih relevan.