LLB SYARIAH VS BA SYARIAH – ADA BEZA TAK?

L

Ada!

BA Syariah memang dia belajar pure syariah. Pengajian sepatutnya sepenuhnya dalam Bahasa Arab.

Bila aku tengok coursework LLB Syariah di UIA, aku nampaklah subjek-subjek syariah yang mereka belajar, tapi sangat basic rasanya. Sebab sikit sangat.

Aku tak rasa rasalah dengan subjek-subjek LLB Syariah tu boleh menjadi seseorang ada asas syariah untuk jadi ‘alim dan faqih.

Master dan PhD Syariah pun sangat spesifik. Biasanya tidak melibatkan usul dan qawaid fiqhiyiah yang mendalam.

Kesimpulannya, nak jadi peguam syariah tidaklah perlu ‘alim atau ada deep fundamental dalam syariah kan?

Buktinya, budak-budak LLB hanya perlu buat Diploma Lanjutan sahaja untuk jadi peguam syariah. Course dalam Bahasa Melayu.

Ada member India dan Cina non-muslim pun buat. Lepas dan lulus je. Aku tak rasalah susah mana pun kan. Ke susah?

Tapi kalau yang budak-budak pure-syariah yang jadi peguam syariah. Kena bagi muka sikitlah. Diorang ni sepatutnya, sepatutnya ada asaslah dalam istidlal, istinbat dan takhrij hukum hakam.

Kalau di tanah Arab tak silap ada pengajian Syariah wal Qanun. Mungkin di Malaysia ada juga kot tapi bukan di bawah fakulti undang-undang. Bawah fakulti pengajian Islam barangkali.

Kalau di Arab Saudi, Grand Mufti ialah suppreme council untuk mahkamah. Mereka juga ada Haihah Kibar Ulama yang mana ulama’-ulama’ senior punya high council yang mengeluarkan fatwa.

Aku rasa dan aku cadangkan, hakim-hakim Mahkamah Syariah juga patut ‘alim dan faqih. at least at par lah dengan mufti-mufti. Barulah ijtihad dia, kita boleh hormati.

Kalau tak, baik buat part time. Jual nama dan kedudukan je. Good marketing for company yang hire diorang.

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.