Semalam is-one aku ajak makan wagyu, dia kata teringin. Selama aku makan, orang bayar. Nak makan sendiri dekat hotel 5 star, aku tak mampu.
Aku bukan peguam oil & gas, anak dato, menantu dato, anak orang kaya, pemilik ngo, gang cuci duit, tauke produk timbang kilo, dan sifu saham.
So, manalah aku mampu nak bayar full price macam dekat hotel. Aku teringat yang di IFMAL Melawati ada jual Wagyu A5!
Aku beli di IFMAL then aku bawa ke Saka Cafe untuk dimasak. Tak sampai RM500 untuk 2 keping. Macam biasa, medium rare. Aku makan kat sana terus. Pergh! Sodap! Kalau ke hotel ni, mau RM1000 lebih.
Siapa yang nak merasa makan wagyu premium dengan harga bukan hotel atau restoran 5 bintang, korang boleh dapatkan waqyu premium di IFMAL. Bawa ke Saka Cafe untuk masakkan.
Siapa kata marhaen tak boleh merasa wagyu? Boleh, sekali sekala. Tapi dengan harga berpatutan. Tak perlu pun ke 5 star hotel!