MANIFESTO DAN PENDIRIAN

M

Pandangan aku, manifesto terbaik dan realistik adalah manifesto BN. Cumanya, ada penyamun yang kita kenal tu duduk kat atas puncak lagi.

Manifesto PN nampak terlalu menjual dan idealistik. Dalam pasukan utama mereka, tiada kluster mahkamah. Itu yang dibanggakan mereka.

PH pula dilihat ketakutan dalam memberi janji manifesto. Mungkin kerana kegagalan menunaikan janji penting PRU lalu. Mereka menyerang korupsi tetapi di dalam ada kes terowong, ASB dan seksual.

GTA-Pejuang punya manifesto agak komprehensif dan ultra Malay sikit. Cumanya, kekuatan GTA-Pejuang ni masih diragui.

Sekadar pandangan. Non-partisan yang belum mengundi. Buat kajian elok-elok dan buat keputusan yang dekat denga hati kita.

Apa pun nanti, kita tetap kena kerja dan cari makan. Orang yang kita pilih tu akan dapat gaji dan elaun 10x ganda daripada kita.

Yang pasti untung mereka, kita belum tentu. Ingat, manifesto bukan kitab suci unless ada sign perjanjian dengan rakyat..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.