UNDI PN DAPAT PAHALA KE?

U

Dalam posting sebelum ini. Aku tulis tenang-tenang pasal pemilihan kita tidak salah dan berdosa selepas kita dah kaji, istikharah dan berdoa untuk non-partisan.

Ia ibarat ijtihad kita. Kalau betul dapat 2 pahala. Kalau salah dapat 1 pahala. Ini yang guru kami yang mulia, Syaikh Abdul Aziz at-Torifi hafizahullah jawab apabila ditanya tentang siyasah dan mengundi.

Datang seorang #TaikPN cuba nak sanggah posting aku. Takpalah. Mungkin dia rasa dia pandai. Tapi sikap sebegini teringat aku zaman gelap PAS. Zaman mengkafirkan orang yang tak menyokong mereka.

Zaman itu PAS aku sifatkan sebagai khawarij moden. Aku sendiri pun pernah dikafirkan hanya kerana sudah tidak bersama PAS kerana mengikut Jemaah Tabligh. Tapi, alhamdulillah, makin hari PAS semakin berubah dan lunak.

Cuma nak tanya adik ini. Kalau ada dosa pahala selepas buat ijtihad untuk mengundi. Nak tanya ni.
1. Undi PN dapat pahala ke?
2. Undi PH dan BN dapat dosa?

Ke macam mana kalau tolak kaedah ijtihad tersebut? Aku rasa yang non-partisan ni yang berijtihad. Yang #TaikPolitik ni mungkinlah berdosa kot sebab diorang dah tak fikir lebih dah.

PN bersih sangat ke? Ke masih wujud pegangan undi PAS dapat pahala dan masuk syurga?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.