MASALAH BILA EMOSI MELAMPAUI IMAN & AKAL!

M

Apabila seseorang itu terlalu mengikut nafsu, biasanya kebodohan yang akan ditunjukkan. Soalan seperti di mana bila mati wajib faraid? Allahu Allah..

Hukum faraid (pusaka) ini telah disyariatkan dalam Islam dan telah dinaskan oleh al-Quran, al-Sunnah serta ijma’ ulama’. Orang-orang yang mengingkari pensyariatan hukum pusaka adalah kafir dan keluar daripada Islam.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
‎لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
(Surah al-Nisa’: 7)

Kemudian, Allah SWT berfirman,
‎تِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١٣﴾ وَمَن يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan melampaui batas-batas syariat-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
(Surah al-Nisa’: 13-14)

Mungkin wanita ini terlalu jahil sehingga terlupa dalil-dalil di atas. Bahkan Nabi SAW telah memperkukuhkan lagi dengan sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda,
‎أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِىَ فَهْوَ لأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ
“Serahkanlah harta-harta pusaka kepada pemiliknya. Sekiranya ada baki, serahkanlah kepada kaum keluarga lelaki yang terdekat.”
(HR Bukhari No. 6351)

Di dalam al-Fiqh al-Manhaji kitab mazhab syafie kontemporari yang popular (3/284-286) telah disebutkan,
“Pelaksanaan hukum pusaka adalah wajib. Sistem pusaka adalah suatu sistem yang sah berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, al-Sunnah dan ijma’ ulama’. Ia sama seperti hukum berkenaan sembahyang, zakat, muamalat dan hudud. Ia wajib dilaksana dan diamalkan. Tidak boleh diubah atau diabaikan sekalipun ia telah lama disyariatkan.”

Tentang hibah dan wasiat, kedua-kedua perkara tersebut dilakukan sebelum kematian. Hibah adalah hadiah yang diberikan sebelum mati, begitu juga wasiat. Jadi, ia tiada kena mengena dan tidak melanggar faraid.

Tentang perjanjian suami isteri untuk tidak menuntut harta pencarian itu hanyalah cadangan sahaja dek kerana harta sepencarian bukanlah hudud, ia bukan hukum yang mutlak sebagaimana faraid. Maka persetujuan bersama adalah dibenarkan.

Aku telah membuktikan harta sepencarian tidak datang daripada Quran, Sunnah, dan tidak wujud pada kurun salaf, event tidak selepas itu. Aku juga telah buktikan di dalam kertas kerja atau journal di Malaysia menyatakan ia datang dari adat temenggong dan mengguna hujah ‘uruf bersama maslahah.

Tapi bila aku ke wall akak ni, aku terasa negatif vibe seorang yang sedang merana. Padanlah dia begitu kepanasan. Mungkin dia jadi broker harta sepencarian selain menjadi broker wasiat.

Rilex kak, nak cari makan pun slow-slow sikit tunjuk ketidakcedikan tu.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.