Melayu pendatang?

M

Darah Melayu gua mungkin datang dari nasab keturunan ayah gua yang dikatakan dari Pattani sebelah opah gua dan Bentan dari sebelah tokwan gua. Manakalah dari sebelah mak gua pula capuran India (Malayalam) dan Tiong Hua.

Jadi keMelayuan gua tidaklah terlalu kuat. Tambahan pula gua fasih berbahasa Cina dan mempunyai hubungan erat dengan keluarga disebelah bangsa Cina. Gua tak pernah berbangga dengan genetik campuran yang gua miliki kerana hingga hari ini gua masih cemburu dengan kaum Saiya dan kerabat Yagami.

Apabila kisah Melayu adalah pendatang mula dicanang kembali, gua sebagai mantan saintis beriman yang berpegang dengan kajian sains berimpak tinggi mahu menulis sedikit pandangan yang gua garapkan melalui kajian seoranf profesor dari Oxford yang gua ikuti kajiannya sejak lama dulu.

Profesor Stephen Openheimer ialah seorang geneticist dari Oxford University yang telah melakukan kajian genetik untuk mencari asal usul manusia. Kajian beliau telah membuka sebuah misteri tentang asal usul manusia melalui pemetaan genetik.

Menurut beliau, seluruh bangsa di atas muka bumi ini berasal dari 1 keturunan Proto-Malay. Genetik Proto-Malay ini dimiliki oleh bangsa Melayu. Lu orang boleh baca dengan lebih detil kesimpulan-kesimpulan beliau. Google saja! Jadi berdasarkan kajian beliau, isu Melayu adalah pendatang tidak valid kerana seluruh bangsa lain di atas muka bumi ini berasal dari bangsa Melayu.

Selain itu, secara geografi pula, amat tidak logik Melayu itu asalnya dari kepulauan Indonesia. Sudah pasti pulau-pulau itu adalah tanah pamah yang baru hasil letusan gunung berapi. Pasti manusia berasal dari tanah asal yang berhubung dan bersambung hingga ke tempat asal usul manusia menurut Profesor Stephen, iaitu Afrika. Pasti manusia dari tanah semenanjung yang berhijrah ke pulau bukan?

Oklah. Itu saja gua nak tulis. Gua nak lu baca kajian-kajian Profesor Stephen. Google!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.