Kesatuan manusia yang paling hebat adalah melalui agama.

K

Kesatuan manusia yang paling hebat adalah melalui agama. Tak kira apa bangsa, warna, bahasa, keturunan, pangkat, pendidikan dan segala perbezaan tetap boleh disatukan melalui agama.

Boleh lihat bagaimana agama Islam boleh meletakkan pelbagai manusia untuk makan dalam satu talam. Bukan setakat tinggal satu rumah, tapi makan satu talam!

Kemudian, kesatuan melalui keluarga dan keturunan. Diikuti dengan bangsa dan bahasa. Barulah wujud kesatuan melalui negara. Sebab itu resolusi setelah perang dunia kedua adalah diwujudkan negara bangsa.

Malaysia, sudahlah berbilang agama, berbilang bangsa dan berbilang negeri. Bagaimana mungkin dapat disatukan penduduknya. Satu saja peluang dan pilihan yang ada iaitu melalui bahasa. Sebagaimana yang dilakukan di seluruh negara bangsa.

Selagi ada sekolah pelbagai aliran, juga sistem pelajaran yang berlainan. Mana mungkin penduduk Malaysia dapat disatukan. Percayalah, negara ini akan berantakan jika perkara ini tidak diselesaikan.

ps : Abu Fedora al-Turkistani fasih berbahasa Cina dialek Mandarin. Neneknya Cina keturunan Tan.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.