MEMBALAS LAWATAN

M

Macam dah jadi tradisi, setiap 11,12/4 kami akan bertemu. Aku, jutawan takaful Fdaus Ahmad, dan jutawan muda Radzi Tajuddin.

Beberapa minggu lalu, Mat Rodi datang melawat office kami yang serba dhaif. Maklumlah, jutawan muda yang berkawan dan berpartner dengan Tony Fernandez, Vincent Tan, dan Nazir Razak datang bertandang. Rasa sangat kerdil bila VVIP datang melawat office kami.

Perkenalan aku dengan Mat Rodi ni melalui Pidomat. Kalau korang tengok aku dengan dia ni, kami memang lain haluan. Dia gang kapten, aku tak. Dia kawan dengan Naguib, aku pangkah Naguib. Yang paling besar, dia founder MUDA, aku anti-MUDA.

Apa persamaan kami? Kami profesional dalam persahabatan. Aku tak kisah dia nak kawan dengan siapa, apa dia nak buat. Dia pun tak kisah aku nak kawan dengan siapa, apa aku buat. Aku kritik kawan dia, dia tak melatah nak defensif. Dia kritik kawan aku, aku buat taktau dan tak persoalkan.

Kawan aku boleh jadi kawan dia, boleh juga jadi musuh dia. Begitulah sebaliknya. Kawan dia boleh jadi musuh aku, boleh juga jadi kawan aku. Apa yang kami tahu, kami 2 orang muda yang sama-sama struggle menongkah tahun-tahun sukar. Lebih-lebih lagi aku lah. Aku takda connection macam dia.

Pagi tadi sebelum aku berjumpa doktor aku, aku singgah ke rumah Mat Rodi untuk bersarapan. Pidomat juga datang meninggalkan banglo agamnya di Tanjung Malim. Macam biasa, diskusi kami adalah tentang survival hidup orang muda masa ini.

Mat Rodi dengan Projek W dia dan Pidomat masih kental dengan perjuangan TKFLMN. Aku pula, semenjak dah dapat apa yang aku cari, aku dah malas nak berniaga. Itu yang aku kasitau, kalau semua orang dapat benda macam aku ni, dunia akan jem. Orang taknak kerja.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, bila kita berkawan dengan seseorang, kita berkawan dengan dia sahaja. Dia nak berkawan dengan siapa, dia punya masalah. Dunia ini akan lebih indah kalau setiap orang menghargai persahabatan secara profesional.

Bak kata Nelson Mandela,
“One of the mistakes that the outside world makes is to think that their enemies should be our enemies..”

Di akhir pertemuan, aku bagitau Mat Rodi,
“Kalau kau yang lead MUDA, pandangan aku mungkin sedikit berubah.”

ps : Mat Rodi kata kalau aku post perjumpaan kami, 2 tiang “arasy” akan bergegar.

Wallahu’alam..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.