“Kalau takda Dr. XYZ, baby ABC takkan diselamatkan..”
Benarkah?
Mula-mula aku nak tegas, isu pengkhianat negara ini bukan isu Dr. XYZ atau doktor-doktor tertentu. Ia isu sikap pelajar-pelajar tajaan negara yang ditaja rakyat tetapi khianat.
Clear?
1. Kisah sebenar adalah parents baby nak buat dekat luar negara selepas mendapat offer melakukannya di luar negara. Pakar-pakar di Malaysia mampu je buat. Pakar-pakar di negara kita juga bukannya belajar dari hutan atau kerajaan langit. Mereka belajar dari negara-negara maju juga. Nak hina pakar-pakar di Malaysia tak power? Mereka memang sedang bersedia nak lakukan di Malaysia, sebab mereka mampu lakukan.
2. Kalau tak buat di luar negara pun, negara akan lakukan yang terbaik hatta bawa ke luar negara. Dah banyak surgery dibuat dilakukan di luar negara apabila negara tiada kepakaran. Pakar-pakar di Malaysia pun ada connection dengan pakar-pakar di luar negara. Bahkan mereka yang lebih senior ini mungkin level kawan-kawan atau buddy saja dengan pakar-pakar di UK.
3. Habis tu, doktor-doktor yang tinggal di Malaysia dan pulang ke tanah air, dah selamatkan beribu nyawa di Malaysia pula macam mana nak cakap? Takkan jasa tolong jadi broker selamatkan nyawa dianggap jauh lebih besar sehingga membenarkan perbuatan khianat?
4. Hujah selamatkan pernah selamatkan 1 nyawa adalah falasi dan dah keluar tajuk. Isunya adalah,
“Kalau kau belajar dengan duit Tokwan kau, enjoy your life there. Tapi kalau kau belajar pakai duit rakyat, kau ada hutang dan amanah untuk berbakti kepada nusa dan bangsa.”
Faham tak ni? Penat dah tadi cerita pasal bab investment. Teruk punya tak cerdik ni..
Dengan otak tak cerdik seperti inilah, politikus senang je makan korang, tipu korang dan pijak korang!
Cerdik sikitlah! Bisa?