MENJAWAB MENTERI KERETA TERBANG

M

“Ekosistem di negara sendiri tidak membolehkan kepakaran tempatan dibangunkan di sini..”

Sebagai pemilik syarikat IT yang telah membangunkan pelbagai software dan aplikasi dari dalam dan luar negara. Dari web, desktop, mobile, iot, bigdata, AI dan blockhain technology.

Dari industri kecil sederhana, kerajaan, korporat, perbankan, dan capital market, semuanya pernah kami bangunkan.

Amat janggal dan menghina akal apabila menteri kereta terbang menyatakan yang Malaysia tiada ekosistem untuk membangunkan aplikasi semisal MySejahtera.

MySejahtera hanyalah aplikasi form based (isi form) yang amat mudah untuk dibangunkan. Tak perlu environment yang pelik-pelik untuk membangunkannya. Boleh dibangunkan dengan cepat oleh developer-developer di Malaysia. Mungkin sehari dua sahaja.

Kenyataan menteri kereta terbang ini benar-benar penghinaan terhadap kami. Membangunkan aplikasi seperti itu bukan roket sains yang perlukan environment extra-pelik untuk dibangunkan.

Tidak hairan kenyataan dari MKN sebelum ini juga seolah-olah membodohkan rakyat Malaysia dengan fakta yang salah dan dusta.

Rujuk sini :

1. https://www.facebook.com/581817132303470/posts/883684312116749/

2. https://www.facebook.com/581817132303470/posts/883750528776794/

3. https://www.facebook.com/581817132303470/posts/883788655439648/

Amat pelik MAMPU yang begitu menjaga data sehingga tidak membenarkan penggunaan cloud server selama ini kerana takut data dibawa keluar negara tetapi membenarkan syarikat luar negara mengutip data rakyat Malaysia dengan begitu sahaja?

Tidak cukup dengan itu. Menteri pula cuba berbohong dan menegakkan benang basah. Padanlah menteri ttersebut pernah dipusing oleh syarikat drone no 1 negara yang kononnya boleh buat kereta terbang..

Apa khabar kereta terbang hari ini?

Jadilah menteri yang membina akal rakyat, bukan insult intelligence rakyat!

—-

Kalau taknak bagi kami job pun janganlah hina kami macam tu. Do not insult local talent! Tolonglah jangan buat projek pembodohan rakyat. Menteri ni wakil rakyat kawasan mana?

#DoNotInsultLocalTalent
#HEILB40
#HEILM40
#HEILMARHAEN

Yang menentang dan melawan,
Aliff Ahmad III & Nik Izwan Kamel
Co-Founder SCRUT

https://www.facebook.com/aliff.ahmad.754/videos/284865406113979/?__xts__[0]=68.ARCFBXVvGi7GPzse9Z8zThfvPQY-4hq4rwQU3F54zKRQDy1N5gXjw6Rw7bvxCS9H02wj1b080Czi8g1He99LbklafhB5W0gRQJuTkjThEuh0ZoObm9PmzORDsU3slC2LshK6i6Na3xrssBgwWGFugwGVgPt6fSUptK2Es6aoN7M9yW7k78i2R4Ek-WX7TZ6sgvaE4cWWbjca2HNhJJll1IlaaNA&__tn__=-R

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.