NAK JADI “SALES GUN”?

N

Aku selalu menggunakan istilah “sales gun” untuk menggambarkan seorang salesman yang telah mencapai maqam nirvana atau maarifat dalam seni menjual.

Semalam ada anak muda daripada Akademi Usahawan approach aku dan kawan-kawan untuk belajar menjual. Teringat aku kepada Jordan Belfort, kenal tak?

Alah, The Wolf of The Wall Streets. Filem yang Jho Low fund pakai duit 1MDB tu. Mamat Jordan tu memang seorang salesman lagenda. Dia buat billion dengan seni menjual.

Sales is an art. Ada orang gifted untuk menjual. Tetapi semua orang yang gifted melalui proses belajar. Jordan Belfort juga belajar daripada mentornya dan bukan terus-terus pandai.

Seni menjual ni bukan sekadar pandai menggoreng tetapi juga pandai mengawal komunikasi. Selain ilmu dan product knowledge, negotiation dalam jual beli perlu ada.

Aku minta izin untuk rakam ketika dia cuba menjual. Berlaku negotiation. Aku suka melihat dia ucap banyak Alhamdulillah. Aku faham dia tengah belajar. Yang penting tak malu.

Buat adik ini. Aku doakan kau akan jadi salesman lagenda dalam sejarah di masa depan kelak. Kalau minat nak jadi salesman, nak belajar pasal sales. Boleh tengok komen.

Sahabat aku ni level “sales gun”, jarum patah pun dia boleh jual. Kalau berminat nak jadi young padawan dia, sila contact dia.

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/1092105878326107

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.