Neelofa – Buat Untung Tanpa Dana PNB dan Khazanah!

N

Masa Aku Di Musee De Louvre Paris dengan gopren baru tempoh hari, tiba-tiba teringat pada satu artikel yang separa siap. Jadi aku touchup-touchup lah apa yang patut. Sebelum ini, aku telah buat komentar tentang Fashion Valet (FV) dan Elrah. FV rugi dan Elrah tak untung, tak rugi.

Kenapa aku pilih FV dan Elrah? Kerana kedua-duanya berada dalam bidang fashion, kedua-duanya claim sales puluh-puluh juta. Jadi, review aku seterusnya adalah Nealofar kerana syarikat milik Neelofa ini pernah claim sales 50 juta!

Sebelum ini ada mangkuk-mangkuk yang duk komen tak boleh tengok report SSM semata-mata, kena tengok annual report, ya aku setuju. Tapi setidak-tidaknya dari laporan ringkas dalam SSM, boleh dibuat sebagai indicator dengan melihat untung rugi, asset dan jumlah revenue tahunan. Kalau kau nak melabur, kau nak melabur ke dalam company untung atau rugi, kalau kedua-duanya dalam bidang yang sama dan potentially sama sahaja?

Lepas aku godek-godek annual report FV, aku jumpalah beberapa “projek”, antaranya buat web dengan harga 2 juta. Web e-commerce FV ni pakai template Magento je tau. Bisnes utama aku adalah IT firm & software house. Jadi aku taula standard rate value berapa web template macam tu. Tapi takpalah, ramai tokoh-tokoh kewangan kata ok kot! Sebab bukan duit bapa mentua mereka barangkali. Belum lagi aku share aduan-duan dari vendor-vendor FV.

Pfffftt.. 😜

Syarikat Neelofa ni namanya NH Prima International (NHPI). Revenue 50 juta lebih, shareholder Lofa, kakak dia dan mak dia. Steady, takda PNB, Khazanah, etc. Untung pula tu! Ini indicator yang baik sebelum kau pergi beli annual report dia untuk lihat lebih detail lagi. Tanpa aku tinggalkan, bapa tiri dia orang kaya yang boleh provide modal juga.

Mungkin ada yang cakap, dia masukkan sekali job-job pengacara dia, jadi duta produk, pengacara dan berlakon. Kalau benar, kenapa dia tak asingkan? Kerana dalam NHPI tu takda shareholder lain. Jadi dia tak perlu create proxy untuk cash out. Tak macam FV yang pisahkan Duck dengan FV. FV dibuat rugi, Duck dibuat untung.

Mungkin juga ada yang cakap, dia artis popular bolehlah. Ramai juga artis popular, tapi adakah mereka punya syarikat yang memiliki rekod cemerlang seperti syarikat milik Lofa? Kau kena ingat, bila kau buat untung juta-juta, kau kena bayar tax. Bukan sikit tau. Kira Lofa memang steadylah bayar tax banyak! Yang paling penting, dia berniaga pakai dana dia sendiri!

Secara jujur aku tidak setuju dalam beberapa hal tentang Lofa seperti launching tudung di Zouk, promote produk putih untuk baby, dan tunggang agama masa nak bertudung dulu. Tapi, in term of how she brands herself, aku rasa dia sangat berjaya. Aku tau, dulu dia pernah cuba jual heels, tak menjadi. Tarpaksa seksi-seksi sikit untuk dapat job, tapi tak ke mana juga. At the end, tudung yang bawa dia pergi jauh.

Jadi kau kena fahamlah kenapa Tony Fernandez, warganegara Malaysia yang tak boleh cakap Melayu tu, pilih dia untuk jadi director non-exec di Air Asia. Dia nampak value of branding power kat Lofa. Antara FV, Elrah dan NHPI, aku pilih NHPI! Apa, Bella Ammara? Ramai suruh review ni. Hebat sangat ke dia?

😜

Ditulis oleh,
Aliff Ahmad
co-Founder Scrut.my
www.scrut.my

Neelofa – Buat Untung Tanpa Dana PNB dan Khazanah!Masa Aku Di Musee De Louvre Paris dengan gopren baru tempoh hari,…

Posted by Aliff Ahmad III on Thursday, August 22, 2019

Mengenai penulis

4 komen

Tinggalkan Balasan kepada ideawan Batal balasan

  • Tudung lofa pun affordable compared to duck. Aku wondering duckies tu golongan b40 ke m40 ke t40. Hahahaha mana dorg dpt bnyak duit utk bli duck ye. Barang2 duck yg plg murah pun aku rasa lipstick dia, around rm60. Nk pakai tudung duck, aku mampu berangan je dlu.

  • Assalamualaikum Tuan. Bagus penulisan Tuan. Saya pun ada share tempoh hari di fb saya. Tapi tiba2 ada satu hamba Allah ni, dia bertanya kepada saya, takut fitnah article tu sebab macam mana nak tahu yg company FV tu buat2 rugi? Apa indicator dia? Macam mana nak verified dia buat2 rugi, dalam article yg Tuan pernah tulis sebelum ni yg FV rugi 10mill. So orang tu ckp sebab dia pun pernah kerja dekat company yang rugi lebih banyak drp tu. So apa pendapat Tuan?

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.