Aku telah bertanya kepada pihak ROS tentang status NGO Syed Azmi, Persatuan Untuk Anak Kita (Puak Payung) pada bulan Julai tahun ini Julai/2021.
Jawapan yang aku terima adalah seperti berikut.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Tuan,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan pertanyaan Tuan berhubung Persatuan Untuk Anak Kita bernombor pendaftaran PPM-014-10-07032018 adalah berkenaan.
Berdasarkan semakan oleh Jabatan ini, didapati bahawa Pertubuhan tersebut didaftarkan pada tahun 2018 dan berstatus AKTIF. Pertubuhan juga telah mengemukakan penyata kewangan pada tahun 2018 namun masih belum diterima bagi tahun 2019 serta 2020.
Permohonan butiran AJK Pertubuhan tidak dapat dibekalkan oleh Jabatan ini dan hanya boleh dibuat oleh ahli persatuan yang berdaftar dan masih berstatus aktif sahaja.
Sekiranya terdapat sebarang ketidakaturan dalam tadbir urus Pertubuhan, maka Aduan secara rasmi boleh dikemukakan kepada Jabatan ini. Begitupun, untuk makluman tuan jua, Jabatan kini sedang dalam tindakan pemutihan dimana mana-mana pertubuhan yang didapati gagal megemukakan Penyata Tahunan secara teratur sedang diambil tindakan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Sekian, terima kasih.
—-
Dah tahun 2021, audit 2019 pun tak submit lagi. Boleh percaya ke NGO gini?
Syed Azmi sebagai pengerusi buat apa tu? Nasiblah Syed Azmi bukan lebai daiyus, kalau tak mesti dah kena maki dengan peguam bertauliah sekali dengan bapa dia sekali. Kan?
Kalau NGO tak telus dan tak audit ni, korang nak percaya ke? Orang nak tau berapa kau ambil management fee, gaji, elaun, claim dan vendor yang kau lantik. Ke kroni ke? Ke kau ke? Ke family kau? Betul tak?
Nak suruh orang tamak pahala pun kenalah transparent! Kau collect duit orang, bukan kau pakai duit kau sendiri.
Ingat, transparency is your integrity, integrity is your dignity!
Tepuk kepala, tanya akal!