TOWN HALL YANG MEMBUANG MASA..

T

Tadi, aku dijemput untuk hadir ke majlis “town hall” Dialog Malaysia Prihatin bersama mantan perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh seorang sahabat aku, sebagai wakil industri dan orang muda.

Aku diminta mengajak beberapa orang rakan-rakan yang bijaksana untuk sama-sama mengambil bahagian. Jadi aku telah memanggil, TS Nik Izwan Kamel, Tuan Guru Bukhari Ramli, Tuan iR. Rosman Al-Qadri, Tuan iR. Hanif Yusof dan Tuan aR. Feri Pito Manda Ali untuk mengambil bahagian dalam sesi dialog nanti.

Aku sebenarnya meluat dengan apa-apa event dengan orang politik ni sebab biasanya semua benda dah well planned/arranged/set termasuk soalan-soalan yang akan ditanya. Jadi, aku telah memohon kepada organizer untuk membenarkan “gang” aku untuk buat real dialog.

Kena faham, harga masa kami bukan murah macam budak-budak sorak atau pasang bendera politik. Kami semua ini profesional. Jadi, jika kami hadir, sudah pasti kami mahukan ruang dan peluang untuk berdialog. Kami bukan bangsa penjilat lagi pengampu, kami berjiwa merdeka dan ilmiah.

Dalam masa yang sama, aku percaya, Tan Sri sebagai seorang seasoned and experienced politician tidak gentar untuk berdialog dengan anak muda yang baru tumbuh gigi macam kami. Aku pasti beliau lebih gembira dengan melayan soalan-soalan ilmiah dan pandangan-pandangan intelektual. Selama ini soalan-soalan spontan yang ditanya oleh para wartawan telah dia hadap. Jadi apalah masalah jika dia hadap soalan-soalan dan keluhan-keluhan daripada kami.

Malangnya, perkara yang aku meluat itu berlaku juga. Sesi dialog semuanya seperti telah dirancang. Soalan-soalan yang menghina akal kami ditanya. Kawan- kawan aku semua dah memekak dalam group whatsapp. Aku pun kecewa kerana langsung tidak dibuka kepada para hadirin. Aku sendiri tak dapat ruang. Kawan-kawan aku semua dah bersungut macam lebah dekat tembat duduk masing-masing.

Kesimpulannya, majlis dialog tadi adalah majlis dialog yang gagal. Majlis dialog yang tidak menghidupkan akal dan tipikal dilakukan oleh orang politik demi sekadar program. Untuk kami, ia bukan program yang baik. Buang masa. Lebih baik aku menonton lawak hambar kumpulan Cecupak bersama keluarga. Sekurang-kurangnya aku bersama keluarga. Ini, tinggalkan keluarga tetapi apa pun tak dapat.

Lepas ni sesiapa yang nak jemput aku, sila pastikan ruang untuk aku menyertai bukan sekadar menjadikan aku patung penonton. Lepas tu, kawan-kawan terus pow aku makan kerana masa berharga mereka telah dibuang dengan perkara sia-sia. Aku yang memanggil, kenalah bertanggungjawab..

;(
#MalaysiaPrihatin

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.