Pakcik Tua & Solat Jumaat.

P

Jumaat lalu, sedang aku, Dato’ Nik Izwan Kamel, Paduka Ayahanda Mohd Sukri Ridzuan dan Seri Abanglong Khairi Mohamad Nasir bermusyawwarah di jalan Ampang. Kami terlihat seorang apek tua yang sedang berusaha melintas jalan.

Keadaannya agak uzur. Terketar-ketar tubuhnya mungkin dia mengidap penyakit Parkinson. Aku dan rakan-rakan melihat dari jauh, kelihatan 2 orang anak muda datang membantu dia melintas jalan. Mungkin kerana sibuk dengan kerja harian mereka, mereka membantu setakat itu saja.

Aku terus melihat apek itu berusaha untuk terus berjalan. Tidak tahu arah tujunya. Sekali lagi dia dibantu, diangkat diletakkan tempat yang selamat iaitu di atas pathway. Kali ini aku dan Dato’ turun tengok. Aku tanya dia,

“Uncle mau ke mana?”

Sekali dia cakap Cina lah!

Dia kata dia mahu ke masjid di belakang tu. Nasiblah aku boleh berbahasa Cina. Jam waktu itu baru pukul 12pm. Dia nak terus berjalan ke masjid. Aku kasitau dia, tunggu sini, Dato’ panggil pilot dia, hantar ke masjid.

Jadi kami pikul la dia, sumbat dalam Vellfire baru dengan no pendaftaran single digit milik Dato’, suruh pilot dia hantar ke masjid belakang tu. Aku, Dato’ dan Ayahanda belum tidur dari semalam, malam itu kami ke Gerik bertapa menghalau hantu air. Jadi kira-kira nak guna rukhsah musafir dan kesulitan penat lah.

Melihat apek tua yang menggigil-gigil, terketar-ketar pun sanggup meredah bahaya melintas jalan, dan mahu berjalan kaki ke masjid, kami pun gagahkan diri menahan penat dan mengantuk ke masjid juga.

Terima kasih Apek! Harap apek berada dalam keadaan selamat.

Posted by Aliff Ahmad III on Sunday, August 25, 2019

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.