Aku pelik melihat manusia, dia datang ke rumah aku tanpa salam.
Aku marahnya kerana tak memberi salam, dia kata aku biadap.
Aku pelik melihat insan, meratah keringat dari jauh untuk ke rumahku.
Aku halaunya kerana tak diundang, dibilangnya aku koyak.
Aku pelik melihat orang, lancar lidah jari jemari memaki hamun di laman rumahku.
Aku tutup pintu kunci pagar, terpekit terlolong dia kata aku bacul.
Aku pelik melihat sang majhul, dia yang mula memukul aku, dia pula yang menangis.
Aku hanya membalas pukulan, ribut di kampungnya kata aku yang jahat sambil menangis.
Malam ini tiada bulan tiada bintang. Sungguh melankoli warna dunia ini.
Atas riba gopren hot,
Aliff 4/8/2020