“Bro, kau belum jadi real businessman selagi kau tak disaman orang dan menyaman orang!”

“Bro, kau belum jadi real businessman selagi kau tak disaman orang dan menyaman orang!”

Itulah kata-kata keramat yang “blood” brother aku, seorang lawyer bagitau aku seawal pengenalan aku dengan dia.

Aku macam tergelak je dengar mula-mula tapi aku tak komen. Tapi itulah, dia dalam bidang dia, pasti lebih tahu.

Akhirnya, sampai masa kata-kata dia jadi kenyataan. Bermula dengan ugutan seorang scammer yang mengaku dia anak angkat sultan Brunei duk canang nak saman aku.

Siap kutip derma nak saman aku. Siap tunjuk fake LOD lagi. Masyarakat bodoh yang menyokongnya pun bagi derma. Akhirnya duit derma tu dia ngap. Dia jadi gemok. Yang derma jadi bongok.

Demi menjaga nama baik, aku pula yang menyaman dia. Dia kata nak saman aku dekat makamah tinggi, aku pula yangsaman dekat dia di mahkamah tinggi.

Sampai tutup Facebook dia. Sebab dia tak ngaku itu Facebook dia. Kalau bukan Facebook dia, macam mana boleh tutup dan-dan selepas saman bermula. Saman ini sudah berjalan hampir 3 tahun. Pihak sana asyik mencari dalil nak delaykan perbicaraan. Facebook aku? Maintain bro! Mana lari!

Dalam masa yang sama, aku juga telah menyaman 2 orang ex-staff aku. Juga ke mahkamah tinggi kerana memfitnah aku. Aku mengharapkan dia nak fightlah untuk membuktikan aku scammer di mahkamah. Kerana mereka telah memfitnah aku buat scam kononnya. Padahal dia yang ajak aku ke mahkamah.

Sekali, melalak-lalak mintak setel. Kena kerja siang malamlah. Nak beli susu anaklah. Tapi lawyer aku tak bodoh. Kita tak buat settlement di luar mahkamah. Kami dapatkan court order. Pengakuan kesalahannya di dalam mahkamah.

Boleh rujuk sini : https://blog.ifcontech.com/…/official-statement-ifcon-tech…/

Aku juga telah menyaman beberapa syarikat besar yang tidak mahu membayar profesional fee kami. Semua setel. Aku tak fikir nanti tak dapat next job. Kau tak bayar, aku tuntut. Alhmdulillah, setel. Tak dapat next job? Rezeki dari tuhan bukan dari diorang.

Ada yang aku baru hantar LOD dah terkincit, contoh salapi yang bernama Ahmad Fairuz Saad. Tapi takpa, nanti bila aku ada masa terlebih, duit terlebih, aku nak saman dia juga dia mahkamah tinggi. Tengok apa dia nak jawab dekat mahkamah.

Ada yang baru sampai je LOD terus tutup Facebook. Pakai nama lain terus. Contohnya Hafiz Ibrahim Foodtruck dan adiknya. Sembang dalam Facebook bukan main nak saman aku lah. Aku ajak pergi court, ghaib terus account dia. Boring!

Akhirnya, ada juga orang yang nak saman aku betul-betul. Nama dia Bobie Farid Shamsudin, CEO Onexox. Ini pun aku tak faham, dia yang saman aku, dia yang tutup Facebook dia. Aku berani kata nanti dia akan cakap, dia tak pernah keluarkan apa-apa statement yang Onexox ni saya punya di Facebook.

Anyway, antara sebab dia saman aku adalah aku kata Onexox bukan 100% milik bumiputera, bukan milik dia seperti yang dia telah claim selama ini, hal ini ditunjukkan dalam laporan SSM. Anyway, bring it on!

Perang SCRUT dengan salesman-salesman bangang juga terhenti dengan LOD sahaja. Sampai sahaja LOD, terus senyap. Ingat berani sangat. Sembang macam kaya, ajak ke mahkamah terus hilang dalam terang.

Jadi, naik turun court, proses, kos dan masa ni aku dah biasa main. Aku bukan budak-budak untuk kau ugut-ugut nak saman, nak report polis bagai. I have gone thru court process many times. Aku tak gentar langsung dengan ugutan-ugutan saman atau polis report. LOD sampai pun aku buang tepi dan gelak-gelak je.

Aku dah faham sangat lenggok mahkamah ni. Orang yang saman pun boleh backfire kalau dia tak clean. Sebagai contoh, guru saham nak saman aku sebab aku kata semua guru saham scammer sebab dia sendiri bukan trader berjaya. Dia juga kena buktikan dia ialah trader berjaya. Dia kena submit document.

Jadi, aku akan dapat document trading history dia untuk aku tunjuk dekat korang betapa BERJAYAnya dia. Definition berjaya itu kita akan lawan di court, definiton berjaya aku, aku boleh tunjuk dekat korang dan kita boleh gelak bersama-sama.

Budak-budak yang baru nak up, tak pernah naik turun court, jangan lancar sangat jari atau lidah nak cabar-cabar orang. Teringat lagi ayat aku masa mediasi, aku kasitau kat barua sekor tu..

“I will spend all my wealth, all my money and everything I got to make sure you suffer and destroyed now and future!”

Nanti habis segala mala court case aku, aku cadang nak tulis 1 buku pasal perjalanan mahkamah ni. Pasti aku nak jual ebook lebih mahal dari segala guru saham. Sebab nilai buku aku pasti jauh lagi mahal dari segala sampah-sampah tulisan guru-guru saham yang mencekik duit masyarakat yang naif. Sebab aku walk the talk!

Tapi main court ni memang buang masa!

Kah kah kah!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.