PENGKHIANAT NEGARA

P

Masa aku mula-mula sampai Australia, aku jumpa ramai doktor-doktor Malaysia. Ada yang dah tinggal di sana selama lebih 10 tahun. Kesemua mereka datang ke Australia dengan biasiswa rakyat. Ramai dengan JPA, MARA, BNM pun ada, dan lain-lain.

Kesemua mereka asalnya kata nak stay sekejap konon nak sambung belajar. Buat specialist training. At the end sampai berpuluh tahun tak balik-balik. Ambil PR dan ada juga senyap-senyap pegang passport Australia. Anak-anak dah besar-besar, dah settle down sana. Bila tanya bila nak balik, setiap tahun jawab tengah plan tahun depan.

Selepas aku dah sedikit senior. Bila aku jumpa kawan-kawan doktor ni, aku akan panggil mereka sebagai pengkhianat negara secara bergurau tetapi memang bermaksud begitulah. Mereka mungkin bengang tetapi dah lali dipanggil pengkhianat oleh aku. Yang umur dekat-dekat dengan aku yang stay, memang setiap kali jumpa, aku akan tanya,

“Bro, bila nak balik ni?”
“Kau datang sini pakai duit tokwan kau ke, duit tok wan kau, tokwan dia dan tokwan aku?”
“Bro, tujuan kerajaan hantar kau belajar sini dulu untuk kau jadi doktor kat sini ke kat Malaysia?”

Ketika aku bekerja di UK. Jumlah pengkhianat negara tersebut lagi ramai. Masa di UK. Aku dah jauh lagi matang dan lagi masyuk. Jadi, nganjing puak-puak doktor pengkhianat negara ni lagi penuh bergaya. Tapi, aku pelik. Ramai pula suka dekat aku masa tu. Suka kena nganjing kot. Mungkin asyik kena puji je selama ni konon hebat gaji besar bagai.

Aku tak peduli apa-apa justifikasi mereka. Nganjing tetap nganjing. Kawan tetap kawan. Gopren tetap gopren. Pengkhianat tetap pengkhianat. Pada aku, kerajaan telah membelanjakan setiap sorang hampir 1 juta untuk menghasilkan doktor keluaran UK/Australia. Mereka ini bijak pandai yang sepatutnya pulang serve the nation, buat perubahan.

Yang aku tak tahan dengan puak ni adalah, balik Malaysia taknak. Tapi kalau sembang politik Malaysia, complain pasal Malaysia. Mereka lah king. Macam mereka dah duduk dan serve Malaysia berpuluh tahun. Especially yang dah hold passport UK diam-diam. Dia lupa, kalau bukan dengan duit rakyat, mak ayah atok nenek diorang tak mampu nak hantar nak bayar yuran belajar di luar negara.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang pulang. Aku memang respect mereka yang pulang ni. Boleh je jadi pakar. Jadi specialist. Jadi consultant. Pada aku mereka ini wajar dapat special treatment dibanding dengan mereka yang khianat tu. Yelah, mereka yang pulang tu pun sebenarnya boleh je nak stay. Even lagi cemerlang dari yang stay tu masa belajar.

Aku ada kenal 2 orang kawan. Yang grad from Oxford and Cambridge. Pun balik. Doktor yang kecoh kat Twitter tu pun tak lepas masuk Oxbridge lepas foundation dulu. Sekarang ni pun mereka tengah buat training specialist dan buat PhD juga. Bidang medical ni, sambung belajar dalam bekerja. Bukan berhenti kerja. Dekat mana-mana pun boleh buat.

Ramai je level consultant dekat Malaysia ni power. Being specialist is about knowledge, experience and skill, not because of where you are. Apa pun, diorang yang decide nak jadi pengkhianat negara atau tidak. Diorang ingat lagi ke tak masa mula-mula jejak kaki di tanah omputih tu datang dengan duit siapa.

Aku sendiri pulang setelah 10 tahun (4 belajar, 6 tahub kerja) di Australia. Aku ni tajaan MARA yang takda bond. Bukan bidang critical macam medic. Bukan macam diorang yang ada bond. Tapi, kepala aku ada rasa beban nak balas jasa. Aku boleh stay sana enjoy my Aud10k-15k sebulan. But, aku percaya aku datang dengan duit rakyat. Aku mesti pulang kena serve the people, the nation.

Aku kumpul duit. Aku balik. Kalau aku balik kerja makan gaji, aku serve diri sendiri. Tapi aku pilih untuk buka peluang pekerjaan di Malaysia. Bawah payroll aku ada hampir 200 orang. Boleh lah. Takdalah power cam korang. Tapi oklah. Bayar cukai, bayar zakat, didik dan ajar anak bangsa dalam negara sendiri. Share ilmu dan pengetahuan aku dekat korang. Keluarkan geran research, bantuan kewangan, buka klinik wakaf dan rumah anak yatim. Aku pakai duit aku sendiri, bukan duit NGO collect duit korang dan orang ramai.

Itu akulah. Orang lain taktaulah. Puak doktor-doktor ni, selama aku kenal. Yang dah stay, ada PR atau passport kat sana tu. Percentage mereka nak balik for good untuk berbakti kepada nusa dan bangsa ni adalah sangat rendah. Tak percaya. Kita tunggu dan lihat.

Ohya, ada yang lebih celaka. Sorang kenalan ni, dia ambil insentif Talentcorp, bawa balik 2 biji kereta tax free. Konon nak kerja di Malaysia. Lepas tu balik semula ke UK. Cerita kerja kat Malaysia tak best. Walhal, dia di UK pun nobody je. Buat locum je.

Ada sorang doktor usrah kat Adelaide pula. Duk hasut budak-budak usrah dia suruh stay sana demi dakwah. Lepas dia disabit kesalahan mencabul. Baru kelam kabut cabut lari balik Malaysia. Malaysia lah tempat pencabul selamatkan diri.

Begitulah cerita tentang pengkhianat negara..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.